MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN, suatu slogan gah menjadi Dasar kerajaan Negeri Terengganu melakukan suatu perubahan tamadun, laporan - laporan akhbar yang tersebut di halaman ini adalah sebahagian dari rentetan sejarah kejayaan Anak Watan Daru Iman dalam usaha menterjemahkan apa yang telah digariskan di dalam dasar Kerajaan Negeri. Ia (tindakan diambil) satu penerokaan ke suatu dimensi baru yang lebih universal dan global, kerana itu adalah suatu cita-cita unggul yang cuba PB2W terjemahkan dalam kehidupan generasi muda baru Terengganu hari ini. Dengan kata lain Generasi Ulul Albab seperti tuntutan Al-Quran itu sendiri.
Ia (Paraglider) suatu aktiviti lasak (extreme) semejak Piere Lamoigne memulakannya sekitar tahun 60an di Perancis dengan teknik berlepas dilakukan di padang yang lapang di mana juruterbang akan ditarik mengunakan tali pada kenderan lalu dilepaskan. Pada awal 70 an, Mark Mcculloh peluncur di Amerika Syarikat menggunakan bukit tanah tinggi di San Diego untuk berlepas. Beliau mendapati paraliding dapat terbang seperti burung dengan bantuan angin.
Pada hari ini setelah 40 tahun sukan ini dipolopori kejayaan demi kejayaan dicatatkan, peluncur paragliing telah berjaya terbang setinggi 28000 kaki dari paras laut dan merangkumi jarak 520km selama 9 jam di udara dengan hanya bantuan alam. Peningkatan piawaian keselamatan dan revolusi penciptaan payung atau canopy yang lebih performent telah menarik ramai ribuan peluncur-peluncur dari seluruh dunia menjadikan ia suatu rekreasi paling diminati.
Sejarah yang dicipta ini akan memberi suatu pulangan yang kompetitif kepada rakyat dan Negeri Terengganu itu sendiri samada dari sudut sosio ekonomi dan sosio budaya. Ini merujuk kepada siapnya LTASM di Seberang Takir yang akan menjadi pintu masuk utama dari seluruh dunia ke Malaysia melalui Terengganu. Paraglider adalah salah satu item yang akan menjadi Terengganu suatu destinasi tarikan percutian pelancongan udara tropika yang berprestij.
Seperti pernah di perkatakan di artikel lepas, bahawa Terengganu menyimpan sejarah keagungan masa silam yang tersebunyi akibat perkara tertentu dengan mengembalikan kehebatan tersebut akan menjadi penyuntik kepada semangat generasi belia hari ini untuk berubah, dengan kata lain suatu jati diri mulia BANGSA MELAYU itu sendiri.
Generasi muda Terengganu tidak terlepas dari mengalami jangkitan penyakit sosial seperti belia-belia di negeri lain di seluruh Malaysia. Gejala tersebut makin menular walaupun tidaklah seteruk negeri-negeri lain. Mahupun begitu langkah pencegahan bersifat pro aktif mesti dimainkan oleh semua pihak. PB2W selaku NGO merasakan amanah tersebut perlu kepada suatu komitmen yang berpanjangan dan berterusan, di sinilah suatu pendekatan sosial (kombinasi meiltizam pengupayaa jatidiri melalui rekreasi extreme) melibatkan semua aspek digemblengkan menjadi satu paduan synergy .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan