09 Mac 2009

JASA WATANIAH YANG DILUPAKAN SEJARAH

Harimau Malaya

Ketika 5600 tentera Jepun di bawah Mejar Jeneral Hiroshi Takum, mendarat di Pantai Sabak untuk menyerang Kota Bahru, harimau Malaya ketika itu seorang sarjan dalam Pasukan Sukarelawan Kelatan, turut menentang kemaraan tentera jepun tersebut bersama tentera Inggeris dan Pasukan Askar Melayu.
Harimau Malaya telah berjuang dengan semangat yang tinggi serta telah menunjukkan keberanian yang telah diambil perhatian oleh pegawai-pegawai tentera Inggeris. Beliau yang terselamat dalam pertempuran sengit di Pantai Sabak bersama beberapa rakan dalam Pasukan sukarelawan kelantan. turut berundur dengan tentera Inggeris dan Askar Melayu hingga ke Singapura.

Setelah pertahanan Singapura hampir tewas, kebanyakan tentera Inggeris telah mula berundur dengan kapal laut mencari perlindungan di India. Harimau Malaya turut berlepas ke India menaiki kapal laut S.S Kuala bersama anggota tentera India Lapan Briged. Ketika berada di tengah Selat Melaka, kapal laut S.S Kuala telah diserang secara mengejut oleh pasukan Kamikaze Jepun.
Harimau Malaya telah berbuat jasa besar dengan menunjukan keberanian dengan menyelamatkan beberapa pegawai dan anggota tentera Inggeris yang hampir lemas semasa kapal laut S.S Kuala mula karam. Harimau Malaya sendiri akhirnya hanya dapat berpaut pada sekeping papan dan hanyut di selat Melaka selama beberapa hari. Beliau terdampar di pantai Sumatera, Indonesia badannya penuh disalut lumpur.

Dari Sumatera, Harimau Malaya telah berjaya sampai ke India. Beliau kemudiannya dibawa dari Bombay ke New Delhi untuk rawatan pemulihan kesihatan. Di India, Harimau Malaya diberi layanan sebagai wira oleh pegawai tentera Inggeris dan tentera India yang menyaksikan sendiri ataupun mendengar tentang keberanian Harimau Malaya yang berjaya menyelamatkan ramai pegawai, anggota dan kelasi kapal S.S Kuala ketika di bom oleh pasukan Kamikaze Jepun.
Ketokohan Harimau Malaya telah menarik perhatian pegawai tinggi tentera Inggeris di India semasa Inggeris menubuhkan ‘All India Radio’ di Kementerian Penerangan India, yang dipancarkan dari New Delhi, Harimau Malaya telah dilantik untuk mengetuai Bahagian Melayu.

Bermula dari situlah siaran Bahagian Melayu yang diberi nama Suara Harimau Malaya, dipancarkan ke semenanjung Tanah Melayu dan juga selatan Thailand untuk tujuan propaganda bagi memulih taat setia orang Melayu kepada Inggeris. Dengan itu gelaran Harimau Malaya terus dikenali dan di sanjung. Sebaliknya, dengan itu juga tentera Jepun di Tanah Melayu khasnya pasukan perisikan, mula membenci Harimau Malaya.
Ketika Tentera Inggeris mula merancang untuk menawan Tanah Melayu daripada tangan tentera Jepun. Pegawai tertinggi Angkatan Tentera Inggeris Kawasan Asia Tenggara Lord Louis Mountbatten telah memberi tauliah Pegawai berpangkat Mejar kepada Harimau Malaya untuk memimpin pasukan Force 136 Bahagian Melayu yang akan beroperasi di Tanah Melayu dan Selatan Thailand. Harimau Malaya telah mula mencari ramai anak Melayu yang berada di India dan Timur Tengah (Arab Saudi dan Egypt) untuk dilatih sebagai pejuang dalam Force 136 Bahagian Melayu. Mereka mula mendapat latihan di India dan Ceylon (kini Sri Langka) sebagai ejen sulit dan Perang Gerila untuk di seludupkan ke Tanah Melayu dan Selatan Thailand.
Setelah beberapa minggu berlatih di Kem Avisawella Colombo, Ceylon anggota pasukan Force 136 Bahagian Melayu telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dan telah bersedia untuk tugas operasi.
Beberapa kumpulan telah dipilih untuk diseludupkan ke Tanah Melayu dengan menaiki Kapal Selam (Submarine), Kapal terbang Seaplane’ yang boleh mendarat dilaut, serta digugurkan dengan payung terjun. Operasi ‘OATMEAL-VIOLIN, OATMEAL-VIOLIN II dan OPERASI HERBRIDES merupakan beberapa operasi yang telah membawa kumpulan ejen sulit Force 136 Bahagian Melayu mendarat semula di Tanah Melayu.

“For operation Oatmeal Violin, they had flown from Colombo to Pulau Perhentian in a Catalina flying boat on Oct 31”

General (B) Tun Ibrahim Ismail
Harimau Malaya telah selamat kembali ke tanah air pada 3 Oktober 1945, setelah tentera Jepun menyerah kalah. Beliau telah disambut sebagai seorang wira yang sangat berjasa kepada Bangsa Melayu.
“Thus the SOE found a suitable backing among the Malays and sent their officers to train local resistance forces famously known as Harimau Malaya Force 136 (Tigers of Malaya of Force 136).

The main base for this group was near Grik, a district in the state of Perak. The force’s main task was to form an intelligence-gathering network and, should prospects be favourable, to establish a resistance movement in northern Malaya. The force also arranged the reception of other parties of Force 136 who landed by parachute, providing them with guides and local contacts in the areas of their planned operations”

Namum putera Raja Patani, Tengku Mahmood Mahyideen ‘HARIMAU MALAYA’ akhirnya sangat kecewa kerajaan Inggeris tidak menunaikan janji untuk menolongnya mendapatkan semula kuasa pemerintahan Patani daripada Kerajaan Thailand.

Beliau meninggal dunia dalam usia 46 tahun pada 12 Febuari 1954 di Pantai Semut Api dekat Kota Bahru, Kelantan.


BTDM keluaran Nov-Dis 08 Bil: 173/ 2008 muka 78

Tiada ulasan: