Banjir yang mula melanda Taman Desa
Pusu Tiga Gong Badak awal Desember 2008 membawa seribu kenangan dan pengiktibaran. Hujan lebat yang berpanjangan selama hampir 4 hari telah mengundang kenaikan air (Banjir) secara mendadak menengelami separuh rumah dan di kawasan belakang taman perumahan hampir 3/4 rumah ditengelami air. Kejadian tersebut menjadi noktah hitam kepada penduduk setelah hampir 10 tahun menduduki Taman tersebut.
Sebelum ini di tahun-tahun yang sudah kenaikan air tidaklah seteruk Des 2008, yang telah memaksa hampir 1000 orang dipindahkan ke pusat perpindahan.
Kepada penduduk ia adalah pengajaran dan peringatan Allah, yang mahu mereka beryukur dan menginsafi bahawa ujian yang menimpa tidaklah seteruk mana berbanding ujian yang menimpa saudara-saudara seIslam di tempat yang lain yang ada mengorbankan nyawa. Satu muhasabah dibuat oleh penduduk setelah mereka berbincang dengan Pengarah Jabatan Parit dan Tali Air Negeri yang meminta mereka bersembahyang Hajat minta pertolongan Allah kerana JPS sudah kebuntuan mengambil jalan penyelesaian. Ini adalah kerana kawasan yang ditengelami air hampir 2 minggu itu berada di bawah paras Sungai Nerus, jika pihak JPS membuat laluan air keluar ke sungai maka air sungai akan masuk menambahkan ke dalam air yang sedia ada di kawasan tersebut. Kerana tulah Taman tersebut di tengelami air hampir 2 minggu.
Hasil dari muhasabah tersebut mereka akur tentang hikmat kejadian tersebut, dalam keadaan menyambut perayaan Idul Adha dalam suasana banjir, berkorban sebahagian harta benda musnah, kehidupan dilalui dengan tabah. Walaupun dari segi geografinya banjir (Bertakung) tersebut adalah kerana kesan penambakan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud, tetapi ia sebagai penyebab sahaja sebaliknya cerita terdahulu tanah tapak pembinaan perumahan tersebut adalah kawasan tanah tol kerajaan dengan penduduk kampung asal yang meneroka dan mengusahakannya sebagai tanah pertanian. Kebanyakan penerokanya adalah orang yang miskin. Berlakulah manipulasi pemaju dengan penyelewengan paras timbus guna asal tapak dan merampas tanah pertanian tersebut tanpa sebarang pampasan untuk peneroka hasil kelicikan permainan Politik. Perkara tersebut walaupun tidak mempunyai faktar secara bertulis, tetapi mereka yang masih hidup dan yang menyaksikan kejadian tersebut terpahat dalam ingatan " Taman Air Mata". Peneroka asal tanah tersebut menangis di atas rampasan dan pemusnahan tanaman pertanian yang diusahakan mereka oleh pemaju tersebut.
Mengimbau kembali kejadian tersebut Taman Desa Pusu 3 juga dikenali TAMAN AIR MATA. Itu adalah nostalgia, yang berlalu tetap berlalu dan yang pergi terus pergi. Kepada PB2W yang terlibat secara berterusan bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama masa bencana sebagai sukarelawan Briged Kebajikan Perdana (BKP) dalam masa yang sama Sebagai Skuad Sukarelawan Rakan Muda (SSRM) berkhidmat dengan penuh komitmen turut menyambut hari raya serta solat Idul Adha bersama-sama mangsa bencana.
Setelah bencana habis dua siri gotong-royong perdana diadakan. Pertama pada 14hb Desember 2008 melibatkan penyertaan dari masyarakat tempatan dan NGO serta badan-badan amal peringkat negeri Terengganu. Peringkat Kedua pada 19-21hb Desember 2008 diketegorikan sebagai gotong royong peringkat kebangsaan diadakan di Taman tersebut seperti dalam post yang lepas program melibatkan Skuad Sukarelawan Rakan Muda Idol Malaysia (SSRM Idol), Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Yayasan Aman Malaysia, gabungan pusat pengajian tinggi (IPT dan IPTA).
PB2W dalam hal tersebut telah di minta Jawatankuasa penduduk Taman tersebut menjadi host kepada program gotong-royong siri kedua tersebut. Manakala dari peringkat Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda juga telah meminta PB2W mengkoordinasikan Program (gotong-royong) yang dikenali sebagai Rakan Muda- PERSIAPAN BENCANA ALAM DI TERENGGANU Dengan mendapat bantuan dan kepercayaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) melalui Bah. Pem Rakan Muda Negeri, disokong tenaga tambahan dari Skuad Rakan Muda Daerah Besut dan Rakan Muda Kelantan, PB2W mengendalikan program tersebut dan berjalan dengan jayanya.
MAJLIS MENGHARGAI JASA
Sebagai penghargaan Jawatankusa Taman Desa Pusu 3 dan penduduknya mengadakan satu Majlis penghargaan kepada petugas-petugas sukarelawan-sukarelawan dari semua peringkat yang telah bertungkus lumus selama 2 minggu menyumbang tenaga dan bakti samada berpusat di Taman Desa P3 mahupun di penempatan perpindahan banjir di Sek Ren Kompleks Gong Badak. Sijil Penghargaan telah disampaikan pengerusi Taman kepada semua Agensi Kerajaan yang terlibat, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan mereka orang perseorangan yang budiman menghulurkan bantuan sebagai Masyarakat Penyayang (Mayang).
Di atas kapasiti sebagai Jurulatih dan Fasilitator Skuad Rakan Muda Sukarelawan Malaysia, PB2W juga telah diberi kepercayaan (Amanah) oleh Pengarah JBSNT melalui Pegawai RM Negeri Puan Rokiah Hj Awang untuk mengambil dan melatih Skuad-skuad RM baru untuk Skuad Rakan Muda Negeri Terengganu yang akan berfungsi terus kepada JBSNT.
Sebahagian dari Rakan Muda yang terpilih telah bersama dengan SSRM BKP bersama-sama melakukan gotong royong perdana di taman tersebut.
Di atas kapasiti sebagai Jurulatih dan Fasilitator Skuad Rakan Muda Sukarelawan Malaysia, PB2W juga telah diberi kepercayaan (Amanah) oleh Pengarah JBSNT melalui Pegawai RM Negeri Puan Rokiah Hj Awang untuk mengambil dan melatih Skuad-skuad RM baru untuk Skuad Rakan Muda Negeri Terengganu yang akan berfungsi terus kepada JBSNT.
Sebahagian dari Rakan Muda yang terpilih telah bersama dengan SSRM BKP bersama-sama melakukan gotong royong perdana di taman tersebut.
Yayasan Salam Malaysia memang terkenal dengan kerja-kerja kesukarelawan samada di dalam negara mahupun di luar negara. PB2W amat berterima kasih kepada salah seorang Pegawainya yang mat budiman, juga sebagai Team panel Jurulatih Skuad Sukarelawan RM Idol yang di kenali sebagi Cik Zakiah, yang banyak menyokong PB2W samada moral dan keanggotaan.
Menjiwai kesukarelawanan adalah sifat terpuji yang perlu diterapkan ke dalam jiwa generasi Muda neara kita. Salah satu dari cabang gaya hidup Rakan Muda Sukarelawan yang diperkenalkan Kementerian perlu disubur dan dikembangkan melangkaui sempadan. Pihak PB2W mengalu-alukan remaja yang prihatin dan bersemangat tinggi untuk bersama-sama PB2W menjayakan hasrat Kementerian dan Jabatan mewujudkan suatu bangsa Malaysia yang "Volunteerism". Konsep Prihatin Mahir dan Dinamik di serlah menjadi suatu keunggulan tindakan hasil dari pencernaan (Latihan) Generasi Muda Minda kelas pertama.
1 ulasan:
nk tye mnde ape "Bah" ngn "Pem"?
*Salam dari pelajar SMKKGB
Catat Ulasan