24 Mac 2009

ZOOM TERENGGANU RIVER EXPLORATION 2009

EXCAPE. EXPLORE. EXPERIENCE
SEKITAR PROGRAM
18HB MAC 2009 (RABU)
Program anjuran Tourism Malaysia dengan Kerajaan Negeri Terengganu di dalam mempromosikan pelancongan di Terengganu pada 18 - 21 Mac 2009 bermula dari La Hot Spring dan berakhir di Dataran Kuala Besut, dulunya (Program) di kenali sebagai cuti-cuti Malaysia suatu konsep percutian di dalam negara. Konsep Zoom di bawa dengan pejenamaan semula percutian dalam negara dengan tema Excape. Explore dan Experience menjanjikan sesuatu yang berlainan.
Perasmian oleh YB Hj Nawi bin Mohamad Adun Hulu Besut
TTGA atau Terengganu Tourist Guide Association merupakan pengurus acara kepada program tahunan tersebut. Sebelum ini (program tahunan) di kenali Terengganu River Hunt bermula dari siri pertama 2003 sehingga siri kelima 2007. Pendekatan kali ini ialah ke arah penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pada tahun ini juga CIMB BANK CIMB Islamic menjadi penaja utama selain Kerajaan Negeri dan MTPN, dengan sumbangan berjumlah RM 54 000 mengukuhkan lagi event.

YB Hj Nawi bin Mohamad menanam pokok - Pemuliharaan alam
Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah mengamanahkan kepada PB2W untuk mengendalikan Program kesukarelawan Rakan Muda sebagai kesinanbungan fasa-fasa program SSRM dari tahun lepas. Berkesesuaian dengan masa dan modul program bagi mengukuhkan daya tahan sukarelawan, dengan kerjasama TTGA, seramai 9 orang anggota Skuad Sukarelawan Rakan Muda (SSRM) Negeri Terengganu diinduksikan melalui Gaya Hidup Rakan Cinta Alam ke dalam Program Zoom Terengganu River Exploration 2009.

Gambar kenangan Gaya Hidup Cinta Alam & Gaya Hidup Masyarakat
Melalui program tersebut peserta dapat mempelajari teknik berkayak dengan cara yang betul dan melaluinya juga mencabar kemampuan mental (Rakan Muda) dengan jarak 49.1 Km suatu yang agak mencabar kepada mereka (Rakan Muda) yang pertama kali mula belajar berkayak dan berkayak sejauh itu dengan memakan masa 4 hari 3 malam. Selain itu sebagai optional kepada penyertaan bersama TTGA adalah sebagai sebahagian modul kursus Pemandu Pelancong (Pelesenan Kementerian Pelancongan). Ini satu kelebihan membangunkan generasi muda dengan pelancongan seperti kenyataan Dato’ Azalina semasa memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan: “... ia serampang dua mata kerana selain untuk pembangunan sukan air dan udara, ia sebagai tarikan pelancong".
19HB MAC 2009 (KHAMIS)
Bergambar di lokasi menurun kenderaan Kg La

MATLAMAT /OBJEKTIF:

  1. Integrasi Gaya Hidup mensasar keterlatihan (profesional) SSRM mencecah 200 orang menjelang akhir 2009 bagi menyokong keahlian (Rakan Muda) 100 000 orang (KBS).
  2. Melatih teknik gerakkerja ala tentera, Pasukan Petugas mampu gerak (72jam) Siap sedia bagi khidmat sukarelawan komuniti (Community Search n Rescue - CSAR)
  3. Persiapan bakal Fasilitator penyatuan / penataran kejurulatihan (TOT) Skuad Sukarelawan Rakan Muda kerjasama seterusnya dengan Bah. Pemb. Rakan Muda Negeri dan KBS.
Bergambar membelakangi sungai tempat pelepasan.


Menyusun formasi kayak masing-masing mengikut kumpulan

Bergambar dengan wakil penaja Pegawai CIMB CIMB Islamic

Sampai di Tasek Empangan Jajar ( Mendirikan khemah ) bermalam semalaman.

Khidmat komuniti (Community Service)

Gotong Royong di kampung Gong Duek, Jertih

Demontrasi Gasing Uri oleh penduduk Gong Duek

Cara membaling gasing Uri oleh Pro

20HB MAC 2009 (JUMAAT)

Cabaran hari kedua melepasi Empangan Jajar, tekanan air pelahan empangan ditutup. Semalam hujan lebat empangan dibuka tekanan air laju mempercepatkan perjalanan. Panorama cukup menarik dan mengamik kenangan.

Empangan Jajar di bawah pengendalin JPS punca sumber utama bekalan air saliran untuk penanam padi di jelapang padi di Besut Terengganu. Walaupun dari segi kesan ekosistem tidak baik namum imbangan keperluan pembangunan dan pemuliharaan alam tidak sehaluan. Rakan Muda diajar memahami antara dua keperluan.

Berehat setelah sampai di Riverside Chalet Jerteh Rakan Muda tetap yakin boleh Gemilang.

Pegawai Kurator Musium Negeri Terengganu di kenali sebagai En Rashid menyampaikan ceramah tentang sejarah Besut dan sungai-sungai di Terengganu. Seperkara yang menarik antaanya beliau menyentuh tentang adanya laluan Mat Kilau melalui daerah Besut untuk ke Thailand, selain dari laluan yang diperkenalkan antara Hulu Tembeling ke Pasir Raja Dungun.

21HB MAC 2009

Seawal pagi sabtu semua SSRM Negeri berada dalam kedudukan persiapan, berbanding dengan peserta lain yang masih enak dibuai mimpi indah

Senaman pagi sebelum memulakan cabaran berkayak pada hari ke 4 untuk sampai di kuala Besut berhin makan di komplek Rumah Ukir Kampung Raja untuk makan tengah hari yang akan memakan masa sekurang-kurangnya 4 jam kerana terdapat satu lagi halangan Empangan kecil. Dalam perjalanan ini beberapa buah kayak terbalik tidak dapat melempasi empangan tersebut. Para peserta terpaksa memikul kayak sejauh 200m melepas kawasan tekanan tinggi air yang dilepas dari empangan.

SSRM Negeri memainkan peranan mengurangkan stress peserta yang keboringan dengan memulakan tarian Ponco-ponco serta mengajar tarian kepada peserta yang tidak pandai. Imej Rakan Muda sentiasa diutamakan selaku barisan Skuad Sukarelawan Rakan Muda slogan Any Time any Where sentiasa di pegang sebagai prinsip dan personaliti.

Mengambil kedudukan sebelum pelepasan pada hari ke empat di Riverside Chalet

Jurulatih Kebangsaan SSRM Idol 2008 menjadi Fasilitator untuk SSRM Negeri.

Berhenti rehat sambil membasahi tubuh di benting pasir melepasi kepenatan.

Atirah gadis salah seorang SSRM Negeri yang sentiasa ceria dan lasak walaupun bertubuh kecil

Rehat dan makan tengah hari di perkarangan Rumah Ukir Kg Raja Besut

Jangka masa 20 minit sampai kejeti Jabatan Laut Muara Kuala besut lokasi penamat berkayak.

Team dari Park Royal diketuai oleh "Din" berseluar kuning yang sentiasa menghangatkan suasana kemurangan semasa berkayak. Bersama denganya di tengah-tengah di kenali dengan panggilan Pak Nik, dia akan menjadi nostalgia kepada peserta terutama Team dari SSRM Negeri yang sentiasa berdayung di hadapan kebanyakan peserta antara kata-katanya yang sentiasa mengiang-ngiang di telinga SSRM Negeri " Jangan Potong saya" ..... " Kejar bot tu ... kejar bot tu". Peserta SSRM yang terbawa-bawa dengan slogan "YAKIN BOLEH GEMILANG" sentiasa mahu berada di hadapan walaupun ia bukanlah suatu pertandingan berkayak.

Pegawai-pegawai dari CIMB CIMB Islamic Community Link yang turut serta berkayak berehat sambil menunggu acara perasmian penutup olehYB En Muhammad Pahimi bin Yusof, ADUN Kota Putera.

Kepenatan namun tetap ceria " Mission Accomplish"

Upacara perasmian penutup program Zoom Terengganu River Exploration 2009

Bergambar kenangan terakhir sebelum perpisahan bersama YB, Urussetia dan Penaja CIMB CIMB Islamic Community link.


Pasca Program

Program tersebut adalah sebahagian dari siri pertama komponen pembangunan SSRM N. Terengganu. Gaya Hidup Rakan Cinta Alam - ekplorasi / Berkayak dan mendekati flora dan fauna serta mengenali lebih dekat kesan-kesan sejarah di laluan utama (sungai Besut) suatu masa dahulu.

” Ekologi bumi hari ini sentiasa bergolak .....i. Penemuan teknologi adakalanya mencabar ekosistem alam sekitar. ..... kemajuan / pembangunan dan juga masalah seperti pencemaran, banjir dan kebakaran. ...... bagi memupuk sikap penghayatan , pemeliharaan dan pemulihan alam semulajadi dikalangan golongan remaja ....... juga matlamatnya adalah untuk mewujudkan semangat ‘explorasi’ dalam menerokai dan memelihara Khazanah Alam dikalangan generasi muda”.


Kertas Format Kump Bengkel RM Fasa II- KBS

Manakala siri kedua (komponen) ialah Gaya Hidup Rakan Masyarakat yang akan dilaksanakan pada 1-4 Jun 2009. Pengisian program Penyelamat komuniti bertauliah - CPR, Teknik Renang, Asas SCUBA, Teknik Repelling & Abseiling dan mengemudikan Bot/perahu (cadangan) Paraglider (Cadangan) serta Asas Ikhtiar Hidup seterusnya mendaftarkan Rakan Muda (SSRM) di bawah Briged Kebajikan Perdana -Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Paduan Dua Komponen Gaya Hidup Memantapkan SSRM

Program Sukarelawan gabungan peserta dengan specialiti kemahiran masing masing SSRM BKP digerakkan menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan di Pusat Dalaman Komuniti (PDK), Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK), Rumah Orang Tua dan Rumah Pengasih ia akan ditentukan Jabatan Kebajikan Masyarakat nanti (JKM).
Kesinambungan (Cadangan) kerjasama dua badan sukarelawan di bawah dua agensi kerajaan, Skuad Sukarelawan Rakan Muda (SSRM) JBSNT sebagai pasukan paduan tindakan dengan Briged Kebajikan Perdana (BKP) JKM. Dengan mendapat naungan Kerajaan negeri Skuad Sukarelawan Rakan Muda Briged Kebajikan Perdana (SSRM BKP) disusun menjadi satu pasukan yang besar, mantap dan cekap serta mengekali daya profesionalisme PRIHATIN, MAHIR dan DINAMIK.
JUSTIFIKASI

Program disusun sedemikian adalah bagi menyesuaikan dengan apa yang telah PB2W rancang dengan kerajaan negeri dalam melatih sukarelawan Belia tunas Remaja (Rakan Muda) di Terengganu. Keterlatihan Sukarelawan Rakan Muda yang sudah mempunyai ‘basic military’ akan memudahkan mereka digerakkan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dengan moral dan semangat yang tinggi mereka mampu menghadapi suasana yang gentil dan mencabar.

Event ini untuk mempamirkan kepada masyarakat suatu gambaran (Sukarelawan KBS) lain dari yang lain. Sukarelawan KBS adalah sukarelawan Malaysia seperti perlancaran program Sukarelawan Negara pada 12 Febuari 2009 di Taman Perumahan Chendering.

AKHIR

Menjadi hasrat PB2W selaku NGO memberi kerjasama terbaik kepada JBSNT dalam melahirkan generani Muda harapan negara menjadi aset yang bernilai dalam meneruskan kesinanbung kemerdekaan negara. Untuk memastikan satu standart piawaian SSRM Negeri program diselaraskan mengikuti format Kem SSRM Idol Malaysia (KBS) dengan sedikit penyesuaian bagi menjadikan friendly antara peserta dengan program.

Dengan pengalaman membantu KBS mengendalikan Kem SSRM Idol Kebangsaan, PB2W akan memberi yang terbaik kepada pembangunan Rakan Muda Negeri ini.
BELIA PENERAJU KEMERDEKAAN GEMILANG

Tiada ulasan: