29 Mac 2009
27 Mac 2009
BAHASA SENDI BANGSA - MELAYU BANGSA SPRITUAL
Ku menyusuri denai bahasaku yang berliku
menghalang penjajahan minda petualang
mencari mantera mengisi ruang akalku
dengan kalimat penuh semangat
Tak akan Melayu hilang di dunia
Kutebas lalang di lorong bahasa
kumencari makna frasa demi frasa
untuk mendidikku cara lenggok berbudi
juga mengajarku tentang citra kesusilaan
agar langkahku teratur gagah ke hadapan
penuh dengan diplomasi sopan Melayu.
Bahasaku itu indah rupanya
namun, kadangkala tajamnya ibarat
pedang
menghiris dan membunuh perasaan
jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
jika tindakan di luar adab santun Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.
Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayu
kutak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman.
saikohead's
bearo_119@yahoo.com
24 Mac 2009
NUKLEUS PENUBUHAN C COY SIMPANAN PARA
Sebelum itu untuk memastikan (Persediaan Para trooper) Belia Sukarelawan AW bakal mampu menjalani latihan begitu lasak di PULPAK, mereka mesti menjalani latihan pemanasan Perajurit Para selama 2 bulan sebelum melapor diri ke Cawangan Para PULPAK, di bawah arahan Timbalan Komander Rej 512 AW Lt Kol Khairul Bahrin.
Kemahuan yang tinggi ingin membuktikan jasa sukarelawan AW untuk kedaulatan negara ini dan menjadi warisan kesinanbungan perjuangan para pejuang Gerila Askar Wataniah lampau seperti Mej Tengku Mahmud Mahyideen (Harimau Malaya Force 136), Kol Yoep Mahidin b Md Sharif pengasas Askar Wataniah.
Mereka Perajurit Para SUK Simpanan AW adalah anak-anak Harimau Malaya (Generasi baru anak watan) yang akan mempertahankan setiap inci bumi yang dijanjikan ini "The land of Promise" Tanah Melayu (Malaysia).
PERAJURIT PARA SENTIASA MEMEGANG TEGUH SUMPAH SETIA
- Saya bersumpah bahawa saya: Sentiasa dan menepati isi dan jiwa RUKUN NEGARA.
- Saya bersumpah Bahawa saya: Dengan kemahuan saya sendiri diterjunkan dan melaksanakan tuga perajurit PARA.
- Saya bersumpah Bahawa saya: Menjunjung tinggi dan mempertahankan darjat, nama kehormatan jiwa perajurit PARA
- Saya bersumpah Bahawa saya: Sentiasa siap sedia untuk diterjunkan pada setiap saat di mana dan dalam apa keadaan sekali pun.
- Saya bersumpah bahawa saya: Sentiasa bersikap sopan dan menurut perintah dengan ikhlas dan jujur.
BELIA RAKAN MUDA SUK ASKAR WATANIAH
MARILAH WARGANEGARA,
TUGAS UTAMA TUGAS MULIA,
MENJADI TENTERA KITA..
MARILAH PEMUDI PEMUDAKU,
BERSATU BERTAMBAH MUTU,
MENJUNJUNG TITAH RUKUN NEGARA,
ITULAH TUGAS TENTERA..
MARILAH BERBAKTI,
TENTERAI DARAT, LAUT, UDARA,
MARILAH CONTOHI,
LIHATLAH DI SINI TANAH AIRKU.
DI SINI KITA BERSUMPAH,
WARGANEGARA, PARA BELIA,
BERSATU DALAM TENTERA..
MARILAH PEMUDI PEMUDAKU,
BERSATU BERTAMBAH MUTU,
MENJUNJUNG TITAH RUKUN NEGARA,
ITULAH TUGAS TENTERA..
MARILAH KITA BERIKRAR,
BERSATU DAN BERBAKTI,
TENTERAI DARAT, LAUT, UDARA,
MARILAH CONTOHI..
LIHATLAH DI SINI TANAH AIRKU,
DI SINI KITA BERJUMPA,
WARGANEGARA PARA BELIA,
BERSATU DALAM TENTERA,
RUKUN NEGARA TITAH BAGINDA,
PANJI-PANJI MULIA...
ZOOM TERENGGANU RIVER EXPLORATION 2009
MATLAMAT /OBJEKTIF:
- Integrasi Gaya Hidup mensasar keterlatihan (profesional) SSRM mencecah 200 orang menjelang akhir 2009 bagi menyokong keahlian (Rakan Muda) 100 000 orang (KBS).
- Melatih teknik gerakkerja ala tentera, Pasukan Petugas mampu gerak (72jam) Siap sedia bagi khidmat sukarelawan komuniti (Community Search n Rescue - CSAR)
- Persiapan bakal Fasilitator penyatuan / penataran kejurulatihan (TOT) Skuad Sukarelawan Rakan Muda kerjasama seterusnya dengan Bah. Pemb. Rakan Muda Negeri dan KBS.
Bergambar dengan wakil penaja Pegawai CIMB CIMB Islamic
Sampai di Tasek Empangan Jajar ( Mendirikan khemah ) bermalam semalaman.
Khidmat komuniti (Community Service)
Gotong Royong di kampung Gong Duek, Jertih
Demontrasi Gasing Uri oleh penduduk Gong Duek
Cara membaling gasing Uri oleh Pro
20HB MAC 2009 (JUMAAT)
Cabaran hari kedua melepasi Empangan Jajar, tekanan air pelahan empangan ditutup. Semalam hujan lebat empangan dibuka tekanan air laju mempercepatkan perjalanan. Panorama cukup menarik dan mengamik kenangan.
Empangan Jajar di bawah pengendalin JPS punca sumber utama bekalan air saliran untuk penanam padi di jelapang padi di Besut Terengganu. Walaupun dari segi kesan ekosistem tidak baik namum imbangan keperluan pembangunan dan pemuliharaan alam tidak sehaluan. Rakan Muda diajar memahami antara dua keperluan.
Berehat setelah sampai di Riverside Chalet Jerteh Rakan Muda tetap yakin boleh Gemilang.
Pegawai Kurator Musium Negeri Terengganu di kenali sebagai En Rashid menyampaikan ceramah tentang sejarah Besut dan sungai-sungai di Terengganu. Seperkara yang menarik antaanya beliau menyentuh tentang adanya laluan Mat Kilau melalui daerah Besut untuk ke Thailand, selain dari laluan yang diperkenalkan antara Hulu Tembeling ke Pasir Raja Dungun.
21HB MAC 2009
Seawal pagi sabtu semua SSRM Negeri berada dalam kedudukan persiapan, berbanding dengan peserta lain yang masih enak dibuai mimpi indah
Senaman pagi sebelum memulakan cabaran berkayak pada hari ke 4 untuk sampai di kuala Besut berhin makan di komplek Rumah Ukir Kampung Raja untuk makan tengah hari yang akan memakan masa sekurang-kurangnya 4 jam kerana terdapat satu lagi halangan Empangan kecil. Dalam perjalanan ini beberapa buah kayak terbalik tidak dapat melempasi empangan tersebut. Para peserta terpaksa memikul kayak sejauh 200m melepas kawasan tekanan tinggi air yang dilepas dari empangan.
SSRM Negeri memainkan peranan mengurangkan stress peserta yang keboringan dengan memulakan tarian Ponco-ponco serta mengajar tarian kepada peserta yang tidak pandai. Imej Rakan Muda sentiasa diutamakan selaku barisan Skuad Sukarelawan Rakan Muda slogan Any Time any Where sentiasa di pegang sebagai prinsip dan personaliti.
Mengambil kedudukan sebelum pelepasan pada hari ke empat di Riverside Chalet
Jurulatih Kebangsaan SSRM Idol 2008 menjadi Fasilitator untuk SSRM Negeri.
Berhenti rehat sambil membasahi tubuh di benting pasir melepasi kepenatan.
Atirah gadis salah seorang SSRM Negeri yang sentiasa ceria dan lasak walaupun bertubuh kecil
Rehat dan makan tengah hari di perkarangan Rumah Ukir Kg Raja Besut
Jangka masa 20 minit sampai kejeti Jabatan Laut Muara Kuala besut lokasi penamat berkayak.
Team dari Park Royal diketuai oleh "Din" berseluar kuning yang sentiasa menghangatkan suasana kemurangan semasa berkayak. Bersama denganya di tengah-tengah di kenali dengan panggilan Pak Nik, dia akan menjadi nostalgia kepada peserta terutama Team dari SSRM Negeri yang sentiasa berdayung di hadapan kebanyakan peserta antara kata-katanya yang sentiasa mengiang-ngiang di telinga SSRM Negeri " Jangan Potong saya" ..... " Kejar bot tu ... kejar bot tu". Peserta SSRM yang terbawa-bawa dengan slogan "YAKIN BOLEH GEMILANG" sentiasa mahu berada di hadapan walaupun ia bukanlah suatu pertandingan berkayak.
Pegawai-pegawai dari CIMB CIMB Islamic Community Link yang turut serta berkayak berehat sambil menunggu acara perasmian penutup olehYB En Muhammad Pahimi bin Yusof, ADUN Kota Putera.
Kepenatan namun tetap ceria " Mission Accomplish"
Upacara perasmian penutup program Zoom Terengganu River Exploration 2009
Bergambar kenangan terakhir sebelum perpisahan bersama YB, Urussetia dan Penaja CIMB CIMB Islamic Community link.
Pasca Program
Program tersebut adalah sebahagian dari siri pertama komponen pembangunan SSRM N. Terengganu. Gaya Hidup Rakan Cinta Alam - ekplorasi / Berkayak dan mendekati flora dan fauna serta mengenali lebih dekat kesan-kesan sejarah di laluan utama (sungai Besut) suatu masa dahulu.
” Ekologi bumi hari ini sentiasa bergolak .....i. Penemuan teknologi adakalanya mencabar ekosistem alam sekitar. ..... kemajuan / pembangunan dan juga masalah seperti pencemaran, banjir dan kebakaran. ...... bagi memupuk sikap penghayatan , pemeliharaan dan pemulihan alam semulajadi dikalangan golongan remaja ....... juga matlamatnya adalah untuk mewujudkan semangat ‘explorasi’ dalam menerokai dan memelihara Khazanah Alam dikalangan generasi muda”.
Kertas Format Kump Bengkel RM Fasa II- KBS
Paduan Dua Komponen Gaya Hidup Memantapkan SSRM
Program Sukarelawan gabungan peserta dengan specialiti kemahiran masing masing SSRM BKP digerakkan menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan di Pusat Dalaman Komuniti (PDK), Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK), Rumah Orang Tua dan Rumah Pengasih ia akan ditentukan Jabatan Kebajikan Masyarakat nanti (JKM).
Program disusun sedemikian adalah bagi menyesuaikan dengan apa yang telah PB2W rancang dengan kerajaan negeri dalam melatih sukarelawan Belia tunas Remaja (Rakan Muda) di Terengganu. Keterlatihan Sukarelawan Rakan Muda yang sudah mempunyai ‘basic military’ akan memudahkan mereka digerakkan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dengan moral dan semangat yang tinggi mereka mampu menghadapi suasana yang gentil dan mencabar.
Event ini untuk mempamirkan kepada masyarakat suatu gambaran (Sukarelawan KBS) lain dari yang lain. Sukarelawan KBS adalah sukarelawan Malaysia seperti perlancaran program Sukarelawan Negara pada 12 Febuari 2009 di Taman Perumahan Chendering.
AKHIR
Menjadi hasrat PB2W selaku NGO memberi kerjasama terbaik kepada JBSNT dalam melahirkan generani Muda harapan negara menjadi aset yang bernilai dalam meneruskan kesinanbung kemerdekaan negara. Untuk memastikan satu standart piawaian SSRM Negeri program diselaraskan mengikuti format Kem SSRM Idol Malaysia (KBS) dengan sedikit penyesuaian bagi menjadikan friendly antara peserta dengan program.
Dengan pengalaman membantu KBS mengendalikan Kem SSRM Idol Kebangsaan, PB2W akan memberi yang terbaik kepada pembangunan Rakan Muda Negeri ini.
15 Mac 2009
PATRIOTISME MALAYSIA 2009
Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
Petikan Puisi Patriotik 2000 - Tun Mahathir
- KD Tunku Abdul Rahman
- KD Tun Abdul Razak
Dengan maksima ke dalaman (menyelam) mencecah 350 m, Scorpene berkeupayaan berada di laut selama 240 hari, Struktur binaan kapal selam menggunakan logam khas yang tahan tekanan untuk memberi kemampuan daya selaman ke kedalaman maksima yang diperlukan. Scorpene boleh membawa bahan api dan peluru yang banyak menggunakan tangki high-tensile steel yang boleh mengurangkan berat pada hull. Perancangan dan reka bentuk Scorpene adalah untuk keunggulan masa hadapan pada kemampuan melampau tahap senyap Vessel (pergerakan kapal) dengan keupayaan tinggi daya pengesanan dan kuasa penyerang (Attack Power). Penggunaan advanced hydrodynamics bersama lengkuk berbentuk albacore (Paten Tuna) Scorpene mengeluarkan radiasi bunyi yang rendah bagi mengurangkan risiko pengesanan alat pengesan musuh. Alatan yang dipasang pada kekuda elastik dan sistem penghilang bunyi menjadikan kekuda elastik berlapis (double). ini adalah cara yang terbaik mengurangkan kesan dari bunyi penghadapan yang dikeluarkan pada bahagian luar kapal selam.
Boleh melaksanakan operasi peperangan antikapal selam atau kapal permukaan, bertindak sebagai pasukan khas digerakkan di kawasan perairan pantai, Scorpene di kendalikan 31 anak kapal. Bilik kawalan dan bilik penginapan di pasang dalam keseluruhan sokongan elastik dan di tapat tersalut pengampung kalis bunyi. Tempat penginapan dan kawasan operasi berhawa dingin. Kapal dipasang bersama semua sistem keperluan bagi memberi kekuatan bekalan, air, makanan, kitaran udara atmosphere, untuk memastikan kelangsungan survival keseluruhan krew selama 7 hari.
------------------------------------------
The Black Shark is a dual-purpose, wire-guided torpedo which is fitted with Astra active / passive acoustic head and a multi-target guidance and control unit incorporating a counter-countermeasures system. It has an electrical propulsion system based on a silver oxide and aluminium battery. Black Shark will also arm the two Scorpene vessels for the Royal Malaysian Navy.
The six torpedo tubes will be capable of firing SM-39 Exocet anti-ship missiles, which have a range of 50km, but they will not initially be carried. The vessels will be equipped with EDO Reconnaissance Systems AR-900 electronic support measures/direction-finding (ESM/DF) system.
--------------------------------------------
ULASAN BLOGER
Military
Of
Malaysia
Journalist Shahpaskal
1. Hebat sangat ke kapal selam pertama Malaysia dari model Scorpene yang dijangka tiba Julai ini.
2. Ya, ia memang hebat dan dicemburui oleh negara-negara di rantau Asia Tenggara sehingga menyebabkan Thailand berasa terdesak untuk mencari kapal selam, Indonesia bergegas menempah dua buah kapal selam baru dari Korea Selatan (Indonesia sudah ada dua dari Jerman) dan Singapura terus membeli lima kapal selam terpakai kelas Sjoorman (satu untuk sparepart) dari Sweden.
3. Apa yang hebat? ia bukan dilengkapkan dengan sistem AIP pun, ia hebat kerana ia merupakan satu-satunya kapal selam di rantau ini yang boleh melancarkan peluru berpandu dari jenis Exocet untuk menghancurkan kapal permukaan musuh dari dalam air.
4. Selain membawa torpedo yang ditembak dari enam tiub pelancar, tiub yang sama juga boleh meluncurkan peluru berpandu SM-39 Exocet yang boleh mengenai sasaran sejauh 50 kilometer.
http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/03/hebat-sangat-ke-kapal-selam-malaysia.html
These submarines can perform anti-submarine warfare (ASW), anti-surface warfare (ASuW), reconnaissance and intelligence, mine laying and special operations missions.
VIVA PALESTINE CAMPAIGNS
Tasneem Moolla
Photos depicting the horrors of the war have been splashed across the Internet. Many of these photos will unfortunately not be broadcast via mainstream media outlets.
Artikel dipetik dari Islamonline.net
14 Mac 2009
13 Mac 2009
FRIDAY 13 ( JUMAAT 13HB MAC 2009 )
Sebagai contoh kecil, di berbagai gedung tinggi di China, tidak ada yang namanya lantai 13 dan 14. Menurut kepercayaan mereka, kedua angka tersebut tidak membawa hoki. Di Barat, angka 13 juga dianggap angka sial. Demikian pula di berbagai belahan dunia lainnya. Kalau kita perhatikan nomor-nomor di dalam lift gedung-gedung tinggi dunia, Anda tidak akan jumpai lantai 13. Biasanya, setelah angka 12 maka langsung loncat ke angka 14.
Atau dari angka 12 maka 12a dulu baru 14. Fenomena ini terdapat di banyak negara dunia, termasuk Indonesia. Mengapa angka 13 dianggap angka yang membawa kekurang-beruntungan? Sebenarnya, kepecayaan tahayul dan aneka mitos yang ada berasal dari pengetahuan kuno bernama Kabbalah. Kabalah merupakan sebuah ajaran mistis kuno, yang telah dirapalkan oleh Dewan Penyihir tertinggi rezim Firaun yang kemudian diteruskan oleh para penyihir, pesulap, peramal, paranormal, dan sebagainya.
Penyisipan simbol angka 13 terbesar sepanjang sejarah manusia dilakukan kaum ini ke dalam lambang negara Amerika Serikat. The Seal of United States of America yang terdiri dari dua sisi (Burung Elang dan Piramida Illuminati) sarat dengan angka 13. Inilah buktinya:
-13 garis di perisai atau tameng burung.
-13 daun zaitun di kaki kanan burung.
-13 butir zaitun yang tersembul di sela-sela daun zaitun.
-13 anak panah.
-13 bulu di ujung anak panah.
-13 huruf yang membentuk kalimat Annuit Coeptis
-13 huruf yang membentuk kalimat E Pluribus Unum
-13 lapisan batu yang membentuk piramida.
-13 X 9 titik yang mengitari Bintang David di atas kepala Elang.
sumber : pos metro balikpapan
11 Mac 2009
JEWS RULE THIS WORLD BY PROXY - Tun Dr. Mahathir
GAZA
1. Dunia ternampak mengutuk Israel kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana Amerika Syarikat berada di belakang Israel.
2. Dunia seharusnya juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata, Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai Israel bagi meneruskan keganasannya.
3. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.
4. Apabila saya katakan yang Israel menguasai dunia secara proksi, media dan Kerajaan Amerika mengutuk saya. Tetapi hakikatnya ialah hanya calon yang direstui Israel sahaja yang boleh menang pilihanraya di Amerika. Tunggu sahajalah pendirian Presiden baru Amerika.
5. Sementara itu kita harus sedar secara kecil-kecilan kita juga bantu Israel. Buah pisang kaki (persimmon) dari Israel ada dijual di pasaraya Kuala Lumpur.
6. Singapura adalah saluran bagi Israel menembusi pasaran Malaysia.
10 Mac 2009
09 Mac 2009
SUATU PENILAIAN SOSIAL REMAJA
KEIMANAN ATAU FESYEN
Survival generasi muda (wanita) Bangsa Melayu / Islam terhadap tuntutan Islam (sebagai pelindung), akibat keracunan Sekularisme, Libralisme, Femininisme serta ideologi lain sebagai sebahagian dari rancangan jahat musuh-musuh Islam - Illuminati.
JASA WATANIAH YANG DILUPAKAN SEJARAH
Setelah pertahanan Singapura hampir tewas, kebanyakan tentera Inggeris telah mula berundur dengan kapal laut mencari perlindungan di India. Harimau Malaya turut berlepas ke India menaiki kapal laut S.S Kuala bersama anggota tentera India Lapan Briged. Ketika berada di tengah Selat Melaka, kapal laut S.S Kuala telah diserang secara mengejut oleh pasukan Kamikaze Jepun.
Dari Sumatera, Harimau Malaya telah berjaya sampai ke India. Beliau kemudiannya dibawa dari Bombay ke New Delhi untuk rawatan pemulihan kesihatan. Di India, Harimau Malaya diberi layanan sebagai wira oleh pegawai tentera Inggeris dan tentera India yang menyaksikan sendiri ataupun mendengar tentang keberanian Harimau Malaya yang berjaya menyelamatkan ramai pegawai, anggota dan kelasi kapal S.S Kuala ketika di bom oleh pasukan Kamikaze Jepun.
Bermula dari situlah siaran Bahagian Melayu yang diberi nama Suara Harimau Malaya, dipancarkan ke semenanjung Tanah Melayu dan juga selatan Thailand untuk tujuan propaganda bagi memulih taat setia orang Melayu kepada Inggeris. Dengan itu gelaran Harimau Malaya terus dikenali dan di sanjung. Sebaliknya, dengan itu juga tentera Jepun di Tanah Melayu khasnya pasukan perisikan, mula membenci Harimau Malaya.
“For operation Oatmeal Violin, they had flown from Colombo to Pulau Perhentian in a Catalina flying boat on Oct 31”
The main base for this group was near Grik, a district in the state of Perak. The force’s main task was to form an intelligence-gathering network and, should prospects be favourable, to establish a resistance movement in northern Malaya. The force also arranged the reception of other parties of Force 136 who landed by parachute, providing them with guides and local contacts in the areas of their planned operations”
Namum putera Raja Patani, Tengku Mahmood Mahyideen ‘HARIMAU MALAYA’ akhirnya sangat kecewa kerajaan Inggeris tidak menunaikan janji untuk menolongnya mendapatkan semula kuasa pemerintahan Patani daripada Kerajaan Thailand.
Beliau meninggal dunia dalam usia 46 tahun pada 12 Febuari 1954 di Pantai Semut Api dekat Kota Bahru, Kelantan.
BTDM keluaran Nov-Dis 08 Bil: 173/ 2008 muka 78
PEMBEBASAN AL-QUD - SATU KEWAJIBAN UMMAH
SALAM BENUA
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain
II
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas
III
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin
IV
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini
V
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua
Usman Awang - 1970
TRIBULASI PERJUANGAN BANGSA BERDAULAT
PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang
Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat
Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
~ Usman Awang
08 Mac 2009
MENCABAR DAYA PEMIKIRAN DAN HOLISTIK - SUATU KAJIAN
Maaf kerana artikel kali ini kelihatan sedikit terburu-buru. sebenarnya, saya seakan mendapat ‘gerak’ atau ilham untuk menulis apa yang kenali sebagai Nusa Naga.
Pada mulanya, saya mahu mengunakan terma ini sebagai tajuk buku novel saya yang kedua, tapi memandangkan penerbitan De facto harus menempuh masa yang agak lama lagi, jadi, saya simpankan dulu mengenai pembikinan Novel pengembaraan fantasi yang berdasarkan zaman purba melayu ini ke lain kali.
Persamaan antara kedua-duanya ialah, masing mempunyai api dan boleh terbang. Baik, kita tinggalkan mengenai naga.
Mengapa saya memperkatakan mengenai Nusa Naga?Saya pernah di beritahu bahawa/atau pernah membacanya di mana-mana, mengenai kaum naga yang hidup di kalangan manusia. Kaum Naga ini bukanlah naga yang seperti binatang itu tapi ianya sebuah lambang kedaulatan atau thumbprint of certain genetics. Mengikut apa yang diberitahu oleh web konspirasi barat, bangsawan atau kerabat diraja yang ingin memegang tampuk di raja di eropah, haruslah mempunyai darah naga?! Bagaimana warna darahnya tidak di ketahui, tapi yang pasti, manusia berdarah merah. Jika ianya bukan merah, maka, masih manusiakah mereka itu?
kalianlah menjawabnya…