06 Mac 2009

TAMAN DESA PUSU TIGA GONG BADAK DALAM INGATAN

Banjir yang mula melanda Taman Desa
Pusu Tiga Gong Badak awal Desember 2008 membawa seribu kenangan dan pengiktibaran. Hujan lebat yang berpanjangan selama hampir 4 hari telah mengundang kenaikan air (Banjir) secara mendadak menengelami separuh rumah dan di kawasan belakang taman perumahan hampir 3/4 rumah ditengelami air. Kejadian tersebut menjadi noktah hitam kepada penduduk setelah hampir 10 tahun menduduki Taman tersebut.
Sebelum ini di tahun-tahun yang sudah kenaikan air tidaklah seteruk Des 2008, yang telah memaksa hampir 1000 orang dipindahkan ke pusat perpindahan.
Kepada penduduk ia adalah pengajaran dan peringatan Allah, yang mahu mereka beryukur dan menginsafi bahawa ujian yang menimpa tidaklah seteruk mana berbanding ujian yang menimpa saudara-saudara seIslam di tempat yang lain yang ada mengorbankan nyawa. Satu muhasabah dibuat oleh penduduk setelah mereka berbincang dengan Pengarah Jabatan Parit dan Tali Air Negeri yang meminta mereka bersembahyang Hajat minta pertolongan Allah kerana JPS sudah kebuntuan mengambil jalan penyelesaian. Ini adalah kerana kawasan yang ditengelami air hampir 2 minggu itu berada di bawah paras Sungai Nerus, jika pihak JPS membuat laluan air keluar ke sungai maka air sungai akan masuk menambahkan ke dalam air yang sedia ada di kawasan tersebut. Kerana tulah Taman tersebut di tengelami air hampir 2 minggu.
Hasil dari muhasabah tersebut mereka akur tentang hikmat kejadian tersebut, dalam keadaan menyambut perayaan Idul Adha dalam suasana banjir, berkorban sebahagian harta benda musnah, kehidupan dilalui dengan tabah. Walaupun dari segi geografinya banjir (Bertakung) tersebut adalah kerana kesan penambakan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud, tetapi ia sebagai penyebab sahaja sebaliknya cerita terdahulu tanah tapak pembinaan perumahan tersebut adalah kawasan tanah tol kerajaan dengan penduduk kampung asal yang meneroka dan mengusahakannya sebagai tanah pertanian. Kebanyakan penerokanya adalah orang yang miskin. Berlakulah manipulasi pemaju dengan penyelewengan paras timbus guna asal tapak dan merampas tanah pertanian tersebut tanpa sebarang pampasan untuk peneroka hasil kelicikan permainan Politik. Perkara tersebut walaupun tidak mempunyai faktar secara bertulis, tetapi mereka yang masih hidup dan yang menyaksikan kejadian tersebut terpahat dalam ingatan " Taman Air Mata". Peneroka asal tanah tersebut menangis di atas rampasan dan pemusnahan tanaman pertanian yang diusahakan mereka oleh pemaju tersebut.
Mengimbau kembali kejadian tersebut Taman Desa Pusu 3 juga dikenali TAMAN AIR MATA. Itu adalah nostalgia, yang berlalu tetap berlalu dan yang pergi terus pergi. Kepada PB2W yang terlibat secara berterusan bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama masa bencana sebagai sukarelawan Briged Kebajikan Perdana (BKP) dalam masa yang sama Sebagai Skuad Sukarelawan Rakan Muda (SSRM) berkhidmat dengan penuh komitmen turut menyambut hari raya serta solat Idul Adha bersama-sama mangsa bencana.

Setelah bencana habis dua siri gotong-royong perdana diadakan. Pertama pada 14hb Desember 2008 melibatkan penyertaan dari masyarakat tempatan dan NGO serta badan-badan amal peringkat negeri Terengganu. Peringkat Kedua pada 19-21hb Desember 2008 diketegorikan sebagai gotong royong peringkat kebangsaan diadakan di Taman tersebut seperti dalam post yang lepas program melibatkan Skuad Sukarelawan Rakan Muda Idol Malaysia (SSRM Idol), Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Yayasan Aman Malaysia, gabungan pusat pengajian tinggi (IPT dan IPTA).
PB2W dalam hal tersebut telah di minta Jawatankuasa penduduk Taman tersebut menjadi host kepada program gotong-royong siri kedua tersebut. Manakala dari peringkat Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda juga telah meminta PB2W mengkoordinasikan Program (gotong-royong) yang dikenali sebagai Rakan Muda- PERSIAPAN BENCANA ALAM DI TERENGGANU Dengan mendapat bantuan dan kepercayaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) melalui Bah. Pem Rakan Muda Negeri, disokong tenaga tambahan dari Skuad Rakan Muda Daerah Besut dan Rakan Muda Kelantan, PB2W mengendalikan program tersebut dan berjalan dengan jayanya.
MAJLIS MENGHARGAI JASA
Sebagai penghargaan Jawatankusa Taman Desa Pusu 3 dan penduduknya mengadakan satu Majlis penghargaan kepada petugas-petugas sukarelawan-sukarelawan dari semua peringkat yang telah bertungkus lumus selama 2 minggu menyumbang tenaga dan bakti samada berpusat di Taman Desa P3 mahupun di penempatan perpindahan banjir di Sek Ren Kompleks Gong Badak. Sijil Penghargaan telah disampaikan pengerusi Taman kepada semua Agensi Kerajaan yang terlibat, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan mereka orang perseorangan yang budiman menghulurkan bantuan sebagai Masyarakat Penyayang (Mayang).

Di atas kapasiti sebagai Jurulatih dan Fasilitator Skuad Rakan Muda Sukarelawan Malaysia, PB2W juga telah diberi kepercayaan (Amanah) oleh Pengarah JBSNT melalui Pegawai RM Negeri Puan Rokiah Hj Awang untuk mengambil dan melatih Skuad-skuad RM baru untuk Skuad Rakan Muda Negeri Terengganu yang akan berfungsi terus kepada JBSNT.

Sebahagian dari Rakan Muda yang terpilih telah bersama dengan SSRM BKP bersama-sama melakukan gotong royong perdana di taman tersebut.

Yayasan Salam Malaysia memang terkenal dengan kerja-kerja kesukarelawan samada di dalam negara mahupun di luar negara. PB2W amat berterima kasih kepada salah seorang Pegawainya yang mat budiman, juga sebagai Team panel Jurulatih Skuad Sukarelawan RM Idol yang di kenali sebagi Cik Zakiah, yang banyak menyokong PB2W samada moral dan keanggotaan.
Menjiwai kesukarelawanan adalah sifat terpuji yang perlu diterapkan ke dalam jiwa generasi Muda neara kita. Salah satu dari cabang gaya hidup Rakan Muda Sukarelawan yang diperkenalkan Kementerian perlu disubur dan dikembangkan melangkaui sempadan. Pihak PB2W mengalu-alukan remaja yang prihatin dan bersemangat tinggi untuk bersama-sama PB2W menjayakan hasrat Kementerian dan Jabatan mewujudkan suatu bangsa Malaysia yang "Volunteerism". Konsep Prihatin Mahir dan Dinamik di serlah menjadi suatu keunggulan tindakan hasil dari pencernaan (Latihan) Generasi Muda Minda kelas pertama.

04 Mac 2009

MISI KORPORAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

PB2W SATU KOMUNITI BELIA YANG TERDIRI DARI BELIA-BELIA SUKARELAWAN ASKAR WATANIAH (PSTD), PSTLDM, PSTUDM DAN JPAM TERENGGANU DIBENTUK DAN DIPADUKAN BAGI MEMBANTU MALAYSIA MENGORIENTASI GENERASI MUDA SEBAGAI KOMPONEN PEMBANGUNAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN SERTA BERGERAK SEIRING WAWASAN NASIONAL 2020.

22 Februari 2009

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Matan PM Malaysia Tun Dr Mahathir mengungkapkan perkataan tersebut di saat akhir beliau memegang tapuk kekuasaan di Malaysia. Pada ketika itu ramai berangapan bahawa Tun masih mempunyai keinginan memerintah Malaysia dalam tempuh yang lebih lama (Sandiwara Politik). Realitinya hari ini setelah meninggalkan kekuasaan hampir enam tahun, maka nyatalah perjuangan beliau belum selesai, bukan beliau yang perlu menyelesaikannya tetapi anak bangsa beliau yang mewarisi kepimpinannya di masa hadapan.

Zaman Tun mentadbir negara ini keadaan aman dan stabil namum apabila peralihan kepada Zaman Pak Lah keadaan makin meruncing dan berserabut. Api dalam sekam makin merebak yang memungkinkan mengundang perkara yang tidak di ingini. Tun pernah menyatakan (Kod) dalam puisi beliau bertajuk PATRIOTIK 2000:
  • dan di belakang mereka tidak melihat
  • bayang-bayang belenggu halimunan (illuminati)
  • yang lebih ganas daripada segala yang ganas
  • kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
  • mengapa diundang mereka
  • dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Halimunan merujuk kepada Illuminati aka Zionisme aka Dajjal Laknatullah. Mungkin ramai mengangap itu adalah gimik politik murahan Tun untuk mengekali kekuasaannya pada masa itu, tetapi hari ini jelas dengan fenomena politik dan sosial hari ini terutama melibatkan para remaja Belia Rakan Muda ia suatu ancam besar kepada kedaulatan negara ini tanpa di sedari oleh ramai orang.

Serangan yang boleh di kategorikan PSYOPS Warfare atau 'Psychology Operation' bertujuan mengubah pemikiran dan tidakkan kesan dari ini Negara kita lemah dan mudah dikuasai oleh mereka-mereka yang mempunyai Rangkaian Illuminati / Freemanson. Kerana itulah yang dibimbangi oleh Tun dengan kata-katanya ... Yang lebih ganas daripada segala yang ganas



















Menjadi trend mengangkat tangan dengan simbol 'rock'






















Simbol atau isyarat pemujaan kepada setan aka IBLIS. Mereka akan menyerang menggunakan hiburan sebagai medan peperangan dan aktis wanita sebagai senjata-senjata pemusnah yang berkesan. Melalui pusat pengeluarn film terbesat dunia Hollywood mereka menjadikan pengkalan logistik serangan. Suatu peperangan yang tiada tentera mampu mempertahankannya.


















Melalui eksport produk PSYOPS (Film) mereka merubah budaya rakyat kita geneasi muda melalui astis-artis tempatan yang di taja oleh event manager yang mempunyai rangkaian illuminati (Hidden Hand) keperingkat antarabangsa. Sama sedar atau tidak serampang 2 mata memberi impak besar kepada umat Islam hari ini, menyedut sumber keuntungan dan membina bangsa Yahudi di atas keruntuhan Palestin di Negara Haram Israel. Contoh senjata PSYOPS di negara kita hari ini

Anugerah Stail EH! 2008 serve liquor?
























Event Manager program anugerah stail EH 2008



















Petikan dari blog artis Malaysia:

However, one unpleasent gossip rise after Anugerah Stail EH! 2008 is about liquor serve to local celebrity and guess. I think, it is not suitable to serve liquor at Malaysia celebrity event because majority of guess and celebrity was Malay Muslim. As result, Que Haidar, Nabila Huda, Ahmad Idham wife and other celebrity were spotted drinking liquor ...
http://www.artis-malaysia.com/blog/2008/08/anugerah-stail-eh-2008-serve-liquor.html#more-184



















Dalam kolum yang lain memaparkan prilaku pelakon terkenal Azizah Mahzan dengan teman sosialnya di hadapanya botol minuman keras.

















Begitu juga bekas isteri Aziz M Osman Vee (Nur Aliah Lee Abdullah) bersama Tengku Y dibelakang mereke minuman keras (Sosial).
Semua yang dipaparkan di atas bukan bertujuan mencari keuntungan tetapi menginsafi dari menesfestasi puisi Tun ... Kitapun akan kehilangan harga dan erti diri . Semua itu berbangsa Melayu dan berugama Islam. Selaku NGO kami bukan mencari keuntungan politik, kemaslahatan rakyat yang menjadi sendi bangsa Malaysia perlu di ambil kira.
Bagaimana Charater Building Belia dan Rakan Muda yang perlu dibangunkan ...? adakah dengan mengenepi nilai agama / moral dan mengutama kebebasan kah atau kembali semula kepada petunjuk Al-Quran seperti ucapan PM Pak Lah di parlimen.
Generasi muda adalah tunas harapan negara, jangan biarkan mereka kencing sambil berdiri di atas pusara kita di suatu hari nanti ...... merempat hina dibumi sendiri
SELAMATKANLAH BANGSAKU - MELAYU.

17 Februari 2009

PB2W BELIA SUKARELAWAN MALAYSIA

















PB2W telah terpilih mewakili Terengganu ke Program Pelancaran Sukarelawan Belia Malaysia (KBS) bertempat di Taman Permint Jaya Chendering. Seramai 200 belia dari seluruh Malaysia hadir ke Majlis tersebut. Program yang di rasmikan oleh Datuk Abd Rahim bin Dato Mohd Said bagi mewakili menteri Belia dan Sukan Malaysia Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakop.
















PB2W menghantar peserta seramai 40 orang terdiri kebanyakanya para peserta Skuad Sukarelawan Rakan Muda (SSRM) menghadirinya dan melakukan kerja-kerja kesukarelawan (Gotong royong) di sebuah surau di Taman tersebut.


















Untuk kenangan

















Peserta wanita membersih bahagian dalam surau atas dan bawah.
















Membersih kawasan sekitar surau baru di turap dengan batu granit

















Membersih longkang yang tersumbat dan pembiakan nyamuk.

















Solat zohor berjemaah dengan ahli khairiah sebelum pulang ke destinasi.


Mereka adalah terdiri dari Sukarelawan Rakan Muda pelajar tingkatan 4 dan 5 Sek Men Tun Telanai bagi mewakili Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT).

16 Februari 2009

SKUAD SUKARELAWAN RAKAN MUDA IDOL

KEM SSRM ZON PERAK/PULAU PINANG


















Panduarah Teori


























































Perasmian penutup

KEM SSRM ZON N.SEMBILAN/PAHANG - TASEK BERA

















Orientasi Air/Menyelamat

KEM SSRM ZON SERAWAK - MUKAH












Berita Utusan Bone0 20 Okt 2008



















Asas Iktiar hidup - Jerat ringkas

KEM SSRM ZON SABAH - KARAMBUNAI KK


















Penataran tugas



















Senaman pagi Pantai peranginan Karambunai
KEM SSRM ZON TIMUR KELANTAN/TERENGGANU - TOK BALI

















Mengendali mangsa bencana (Simulasi)

















Di awal pagi



Mengebumikan jenazah mangsa bencana (simulasi)

13 Februari 2009

KHIDMAT KOMUNITI PB2W BKP SSRM


















SEJARAH BRIGED KEBAJIKAN PERDANA

* 1985 JKM telah melancarkan Pendaftaran Sukarelawan Kebajikan
* idea dari Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Dato’ Mohamed Hussein
* bertujuan untuk mengembleng tenaga sukarela bagi membantu kerajaan menangani masalah sosial masyarakat
* Disember 1995 – tragedi Highland Towers
* aktiviti pendaftaran sukarelawan telah diinstitusikan dalam bentuk Briged Kebajikan Perdana
* JKMN Johor mula melancarkan BKP pada tahun 1995 dan diikuti oleh negeri-negeri lain.

BKP-JKM DAERAH KUALA TERENGGANU.




































PENGENALAN BKP-JKMM - PADANG MIDIN

Sejarah penubuhannya bermula selepas perjumpaan YDP-PB2W dengan En Zakaria Pegawai Kebajikan Daerah Kuala Terengganu. PB2W mempunyai keahlian seluruh Terengganu yang terdiri dari sukarelawan Askar Wataniah, PSTLDM, PSTUDM dan JPA3 di atas kelebihan tersebut PB2W menambah aktiviti berpersatuan dengan memasukkan kerja-kerja kesukarelawan di bawah Briged Kebajikan Perdana JKMM.

Satu perjumpaan dan taklimat oleh En Rusly selaku Komander BKP-JKMM Daerah Kuala Terengganu telah disampaikan di Dewan Sek Men Tun Telanai penyertaan 50 orang remaja. Lanjutan dari itu satu perkhemahan pengkaderan sukarelawan telah dilaksanakan Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) di Taman Pertanian Sekayu pada 24 - 26 Dis 2007bertemakan Kem Pengupayaan Jatidiri.

Objektif Kem adalah persediaan tugas seorang sukarelawan. Hasil dari itu ramai remaja dan Belia memohon untuk menyertai BKP-JKMM Padang Midin. Pada 1-4 Mei 2008 satu kursus asas kemahiran udara Paragliding telah dianjurkan PB2W sebagai persiapan kepakaran sukarelawan penyelamat udara atau Search and Rescue menggunakan Paragliding bermotor pada masa akan datang. Seramai 15 orang terpilih telah terlibat dan berjaya mendapat pentauliahan ‘Pilot small aircraft’

Semua baget perbelanjaan dibiayai sendiri PB2W dengan mendapat kerjasama JBSNT dan Kerajaan negeri Terengganu. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM) telah melantik PB2W sebagai Panel Jurulatih Tim Sukarelawan Rakan Muda bagi melatih sukarelawan Rakan Muda Idol (RM-Idol) di seluruh negara. Seramai 1130 orang belia telah dilatih.

PB2W akan mengabung fungsi sukarelawan di bawahnya SSRM-Idol BKP dan mensasarkan kekuatan sukarelawan yang boleh digerakkan sebilangan masa siap sedia (search n Rescue) 136 orang anggota untuk itu PB2W mengalu-alukan sesiapa sahaja terutama remaja dan belia berminat bersama PB2W menjadi Skuad Sukarelawan RM-Idol BKP.

OPERASI BANTUAN BENCANA TAMAN PUSU TIGA GONG BADAK

Seramai 30 orang anggota BKP terliat secara aktif selama hampir dua minggu membantu mangsa bencana.



































































































Membersih bahagian dapur



















Membersih tangki air.


Memasak dan Menyediakan makanan
PERJUANGAN BELUM SELESAI


Bangsa ku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman-berzaman
Mereka menjadi pelaut.. pengembara
Malah penakluk terkemuka .. ?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap ..?
Menjadi perdagang dan perniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang ..?
Bukankah bangsaku pernah mengharumi samudera..?
Menjajah dunia yang tak di kenal
Bukankan mereka pernah menjadi wira serantau ..?
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian
Dimanakah silapnya ..?

Hari ini, jalan ini
Pasti semakin berliku
kerana masa depan
belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
dan hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
bangsa bangsa yang berjaya

TUN Dr Mahathir