KERANAMU MALAYSIA. Kami para belia anak bangsamu bangun berdiri bersedia menghadapi segala kemungkinan dan rela berkorban dengan harta mahupun nyawa kami demi mempertahankannya kerana kami diajar dengan Patriotisme agar kemerdekaan ini akan terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Namum perkara sebaliknya telah berlaku ianya dilakukan oleh para pemimpin kami, kenapa kemerdekaan ini perlu digadai. Kenapa tiada patriotisme di kalangan mereka. Adakah perkara sebaliknya akan berlaku di tanah pusaka ini. Adakah esok kami akan menjadi hamba di negara tempat tumpah darah kami. Kami para belia meluahkan harapan janganlah kemerdekaan ini digadaikan dengan kepentingan diri, keluarga dan kroni. Kami tidak minat berpolitik, tapi ini maruah kami, ini kedaulatan tanah air kami, ini pusaka nenek moyang kami, ini negara kami.
Kami memandang serius ucapan rasmi Perdana Menteri, kami jadikan ia suatu agenda melatih anak bangsa supaya bertanggungjawab terhadap tanah air ini, sebagai amanah rakyat dan amanah Allah kerana itulah kenyataan yang perlu kami belia tunaikan. Tetapi kenapa Pak Lah selaku PM Malaysia tidak menunaikan apa yang ia sendiri ucapkan. Adakah PM terlupa dengan apa yang ia sendiri ucapkan. Di mana kami para belia hendak mengantung harapan kepimpinan. Lihatlah wahai Perdana Menteriku, lihatlah wahai Pak Lah ucapan yang telah diucapkan:
“Sehubungan dengan itu, saya sedar bahawa kepimpinan politik juga harus menunjukkan teladan yang baik. Tidak ada gunanya pegawai-pegawai kanan yang saya arahkan untuk menunjukkan teladan yang baik, sekiranya para pemimpin politik sendiri tidak mengambarkan ciri-ciri etika kerja yang juga baik. Jika kepimpinan politik terlibat dalam rasuah ataupun tidak dalam melaksanakan tugas, bagaimana hendak mengharapkan pegawai-pegawai di bawah pimpinan mereka untuk berkihidmat dengan baik? Jadi bagi pihak semua pemimpin politik, saya juga ingin membuat resolusi tahun baru”.
“Pemimpin politik di bawah pentadbiran saya akan menunjukkan teladan yang baik dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan. Saya akan pastikan bahawa tidak ada tempat dalam pentadbiran saya untuk pemimpin politik yang cakap tidak serupa bikin”.
“Inilah yang saya maksudkan dengan ungkapan “Bekerja Bersama Saya, dan, Bukan Untuk Saya”. “We are accountable to each other and to the people”. Bagi saya lebih dari itu, saya “accountable” bertanggungjawab akhirnya kepada Allah S.W.T. di hari perhitungan. Ingatlah, kita telah diberi amanah, kita mesti beramanah, “We hold the people’s trust, we must therefore be trusted”.
Ucapan Perdana Menteri di INTAN Bukit Kiara 9 Januari 2004 dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke lima.
Tetapi amat malang bagi kami semua itu tidak Perdana Menteri kotakan seperti apa yang PM sendiri ucapankan atau bolehkah kami bermain atau tidur sama seperti perdana lakukan dalam urusan rasmi, kepada siapa kami perlu percayai lagi kalau bukan kepada PM sendiri. Kami para Belia adalah anak bangsa pimpinan mu, tapi dirimu telah menunjuk tauladan yang tidak sepatutnya kepada kami.
Kami para belia mahu kepimpinan seperti Tun Dr Mahathir, kenapa PM tidak dapat mengambil pengiktibaran dari apa yang telah Tun lakukan. Sehingga telah digambarkan kepimpinannya berjaya mengeluarkan Malaysia dari bahaya ( jeopardy ) krisis ekonomi juga mengurus perkauman. Semua itu diperkatakan dalam buku paling laris di Malaysia ' Malaysian Politic under Mahathir ' menilai kreateria perwatakan Tun dan wawasannya untuk Malaysia.
Product DescriptionA hard-hitting and readable book which examines Mahathir's character, his ideas and policies and relates them to the social, economic and political setting inside Malaysia. Up until recently, high rates of economic growth and a striking reduction in poverty have been the hallmarks of this vibrant Tiger economy. Mahathir's success has now been placed in jeopardy by the recent economic crisis, and his rule is coming under hostile scrutiny. As one of the most controversial political figures in South-east Asia, Mahathir's success at managing ethnic tensions, policies of industrialization, modernization and foreign policy are explored, as are his grandiose projects, his human rights record and approach to corruption. Milne and Mauzy, leading authors in this field, assess Mahathir's rule within this context as well as the abrupt dismissal from office, arrest and trial of Anwar Ibrahim, Mahathir's deputy, in late 1998.
Tun masih mampu menyelamatkan Malaysia walaupun berlaku krisis dalaman kepimpinannya. Sekarang negara sudah tidak tenteram lagi, keselamatan anak kecil tidak terjamin, pembunuhan terlalu kejam seperti dilakukan oleh Unit Khas Polis bawah PM sendiri, kenaikan harga barang mendadak, Imej negara terlalu buruk di mata dunia, gengsterisme berleluasa dan pelbagai kelemahan begitu ketara sampai Tun sendiri menyuruh masyarakat Malaysia menolak kepimpinan PM, kenapa ini boleh berlaku.
Baru baru ini sekumpulan anak muda membuat gimik untuk menghantar bantal kepada PM supaya meneruskan tidur, ia nampak kelakar tetapi ia amat memalukan kepada kami para belia dan sepatutnya perkara seumpama itu tidak berlaku. Ia mendapat liputan media meluas dan diperkatakan secara terbuka.
Pak Lah kami para belia bercakap dari sudut kami sendiri bukan dari sentiment kelompok politik yang sempit, kami menyuara dan merayu sebagai anak kepada ayah, kerana kami telah bekerja merealisasikan hasrat rakyat dan harapan negara. Menyatu padukan bangsa tanpa mengira fahaman politik, ras dan agama dengan satu konsep "We are one we are Malaysia" kerana bangsa kita sudah terlalu jauh berpecah wahai Pak Lah. Jangan Malukan Malaysia wahai PM dan Pak Lah ku.
Jangan hancurkan taman permainan yang permai ini, kerana disini kita tawarkan keamanan dan kedamaian kita tawarkan erti kasih dan sayang supaya anak-anak kecil bermain keriangan. Selamatkanlah Malaysia hasrat Tun Dr Mahathir.
Kami merayu ubahlah Pak Lah, ubahlah PM. Sekali lagi kami merayu wahai PM, Wahai Pak Lah takutlah kepada Allah, seperti apa yang telah Pak Lah sendiri nyatakan. Jangan binasakan Negara ini demi masa depan anak bangsamu ini. Tiada erti kemerdekaan lagi buat negaraku Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan