MALAYSIA. Merdeka dengan keamanan 31hb Ogos 1957 tanpa tumpahan darah, muafakat seluruh kaum. MOU dengan penjajah, menggunakan asas perundangan merujuk kepada Common Law England, Perlembagaan digubal oleh Suruhanjaya Reid, Sistem demokrasi berparliment Raja berpelembagaan. Islam agama rasmi negara, Pembentukan negara dari persekutuan negeri-negeri Melayu. Nikmat keamanan sehingga ke hari ini. Tolenrasi kaum pengajaran dari peristiwa hitam 13 Mei 1969. Miliki sumber komoditi yang banyak, Petroleum, Sawit, Getah, perikanan dan lain-lain.
Di bawah kepemimpinan beliau Malaysia menuju ke kemuncak pembangunan, kejayaan beliau paling utama menyelamat Malaysia dari menjadi hamba ( Penjajahan ) meminjam dari IMF. Seorang yang lantang mengutuk Israel dan Yahudi, mengetepikan kepentingan politik atas nama bangsa beliau memberi peruntukan RM 600 juta ke kerajaan Kelantan ( Pas ). Semasa pemerintahan beliau. Menjadi contoh pada dunia ketiga, mempertahankan kebenaran Islam dengan tidak menokok tambah dengan perkataan lain bagi mengelak kesesatan dan perpecahan.
Pembunuhan Altantuya Shariibuu yang dikaitkan dengan penganalisa Politik dan Tentera yang ada hubung kait dengan Timbalan Pak Lah, juga melibatkan anggota Polis dari unit Khas yang telah banyak kali membunuh orang. Pembunuhan tersebut melampau batas-batas kemanusiaan apatah lagi penggunaan letupan yang hanya dimiliki unit Khas sahaja ( C4 ), Masih lagi melibatkan polis dibawah KDN menterinya ialah Perdana Menteri sendiri.
Tindakan Polis memukul Wasit Karate dari Indonesia, menyebabkan sentiment 'Ganyang Malaysia' dihudupkan semula oleh rakyat negara jiran. Polis yang berada di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang Pak Lah sendiri selaku menterinya.
Demokrasi di Malaysia mungkin semakin malap, sebagai mana malapnya demokrasi negara jiran-jiran Malaysia. Semua perhimpunan aman yang dibuat oleh rakyat Malaysia kerajaan menggunakan polis untuk menyuraikannya dengan alasan membuat rusuhan dan melakukan kekacauan. Berlaku pencerobohan hak asasi kemanusiaan dakwaan para demonstrasi. Apa yang memalukan kita sebagai rakyat Malaysia, berita seperti itu dilapor oleh media asing. Negara - negara luar memandang kita terlalu buruk. Dalam masa yang sama ada pihak tertentu mahukan keburukan itu berlaku terhadap Malaysia.
INDONESIA. Suatu negara kepulauan terpanjang di dunia juga mempunyai penduduk berugama Islam teramai dunia 200 juta lebih. Merdeka dengan sokongan Jepun " Asia untuk Asia " menghalau Belanda dengan buluh rucing, Konsep merdeka dengan darah. Sistem kenegaraan bercorak Sosialisme. Pemimpin revolusi mengaut keuntungan, ketidaksamarataan kekayaan tidak diagihkan, Ketua negara adalah Presiden, Pancasila asas kenegaraan, Ugama campur, kerajaan dikuasai tentera, semasa Suharto. Mengalami krisis ekonomi teruk 1998, reformasi kepada demokrasi membina kekuatan ketenteraan perbelanjaan pembangunan rakyat kurang, kemiskinan masih tinggi. Komoditi banyak tetapi tidak dapat dieksploitasi kerana ketidakstabilan dalam negara. Berperang dengan rumpun bangsa dan agama sama ( Aceh ), terpaksa memberi kemerdekaan kepada Timur Timor, Irian Jaya campur tangan Autralia dan Kuasa besar lain. Rakyat berhijrah keluar mencari sumber pendapatan termasuk ke Malaysia.
ACEH DARUS SALAM. Diasaskan oleh Sultan Ali Mughayat Shah pada tahu 1496, kejatuhan bermula pada 1641. Sultan menyerah pada Belanda pada 1904. Rakyat bangkit menuntut kemerdekaan dari belanda, Belanda menyerah Aceh ke Indonesia Aceh tidak mengiktiraf kerajaan Indonesia yang mendakwa wilayah tersebut milik mereka. Kerajaan dalam buangan, rakyat bangkit menggunakan persenjataan menghalau Indonesia. Indonesia melancarkan gerakkan ketenteraan besar-besaran di Acheh. Berlaku pencabulan hak asasi kemanusian pembunuhan beramai-ramai ahli dan penyokong Gerakkan Aceh Merdeka ( GAM ). Negara tidak stabil. Kearah kerajaan otonomi dari Indonesia. Menerima Islam lebih awal dari Terengganu dalam catatan batu bersurat Aceh mempunyai talian keturunan dengan Terengganu semasa kekuasaannya. Mempunyai komoditi petroluem dan hasil bumi yang lain. Pusat pengajaran Islam tertua di rantau asia. Tsunami meranap ekonomi seketika.
THAILAND. Kerajaan tua, sejarah bermula semejak penaklukan Sukhothai terhadap kerajaan Ayutthaya Siam di bawah naungan Mongol di India pada 1238 masihi. Sejarah modern bermula 1782 di bawah Chakri dynasty, raja pertama yang memimpin Thailand ialah Rama the great. Setelah beberapa penjajahan eropah dan Jepun menguasai sekitar rantau asia dan cuba campur tangan di Thailand ( Anglo-Siamese Treaty of 1909 ). Pada 1932 revolusi berdarah telah membentuk kerajaan beraja yang baru. Beberapa siri rampasan kuasa sentiasa berlaku di Thailand dan yang terbaru awal tahun 2006. Thailand mempunyai 75 wilayah dari utara sampai selatan termasuk Yala, Patani dan Naratiwat ( Kerajaan Langkasuka Melayu Islam).
PATANI DARUS SALAM
Film keluaran Thailand arahan Nonzee Nimibutr mengisahkan kerajaan Langkasuka di perintah oleh ratu-ratu, Tajuk asal film ini ialah Queen of Patani tetapi bagi mengelakkan pihak pemisah mengambil kesempatan politik ia ditukar kepada Queen of Langkasuka dan sebuah kerajaan yang kuat serta makmur sebelum penaklukan siam. Film ini membuktikan pengiktirafan Thailand bahawa Patani/Lagkasuka adalah kerajaan berdaulat yang telah ditakluki mereka.
Video mengisahkan kekejaman Kerajaan Thai dan Junta Tenteranya menembak penunjuk pro permisah kemerdekaan. Pencerobohan hak asasi kemanusiaan dipenjam mata oleh dunia. Ia juga sebahagian dari penghapusan etnik bangsa Melayu Islam. Kumpulan pemisah telah dilebel kerajaan Taksin penganas disokong oleh Amerika sebagai rangkaian Al - Qaeda. Patani pusat pengajian Islam tradisional utama di rantau ini, melahirkan ulama murtabar seperti Sheikh Daud Al Fatani.
PHILIPPINE. Presiden Arroyo Macapagal mengambil alih kuasa dengan cara 'political law' terhadap Joseph Estrada pada 2004. Mendapat kemerdekaan dari Sepanyol dan Amerika dalam Perang Sepanyol Amerika 1898 kerana campur tangan Amerika terhadap tanah jajahan Sepanyol di kepulauan pasifik. Filipina mengistiharkan kemerdekaan pada 12 Jun 1898. Negara sentiasa dalam kekacauan dan kemiskinan. Politik tidak stabil beberapa presiden dijatuhkan secara drastik. Banyak berlaku pembunuhan bermotifkan politik. Sumber ekonomi berasaskan komoditi. Penduduk padat di kepulauan Luzon di mana terletaknya Manila. Kemiskinan tinggi rasuah berleluasa melibatkat orang politik, pegawai kerajaan dan tentera. Ugama Kristian Katolik. Pemberotakan Komunis di utara dan Perjuangan pemisahan di selatan Mindanao. Menjadi anggota NAN.
BANGSA MORO. Suatu bangsa asal mendiami kepulauan Boneo dan Mindanao. Ia di perintah oleh kesultanan Sulu. Sejarah bermula 1450 telah melebarkan empayarnya dari Mindanao ke Sabah. Sultan menjadi pengasasnya ialah Shariful Hashem Syed Abu Bakr beliau memakai gelaran Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr berasal dari Johor. Mindanao jatuh ke tangan Sepanyol 1577 kesultanan Sulu ditakluk Sepanyol.
Pemisah Islam Mindanao, mengangkat senjata menuntut kebebasan dari penjajahan Filipina. Mendapat kuasa otonomi dari kerajaan pusat Manila.
Mendapat kerjasama ASEAN dan OIC mengadakan sidang damai dengan Perjuang Pemisah dan kerajaan otonomi Bangsa Moro di Mindano .
CAMBODIA. Sejarahnya keagongannya bermula pada abad ke 3 masihi dan menjunam pada abad ke 9 dan ke 13. Semasa di bawah Regime Khmer Rouge Fasis Komunis ( 1975 ) pimpinan Pol Pot melakukan penghapusan etnik dan penyembelihan secara besar-besaran di rantau ini. Vietnam menyerang pada tahun 1979 menghalau Khmer Rouge ke sempadan Thailand dan berakhirnya penguasaan Pol Pot. Sumber ekonomi berasaskan komuditi dan mendapat sokongan antarabangsa rancangan penstrukturan semula kemboja. Sekarang ekonomi bergantung pada pelancongan. Kerajaan demokratik raja berpelembagaan.
VIETNAM. Di mana terletaknya kerajaan Indrapura sekarang nama Indrapura dipanggil Dong Duong terletak dalam daerah Da Nang pada abad ke 11. Di bawanya terdapat bandar utama pada masa itu antaranya Amaravati, Vijaya ( Qui Nihon ), Kauthara ( Nha Trang ) dan Panduranga ( Phan Rang ). Pada masa inilah Islam sampai ke Indochina berpandukan faktar batu nisan Bangsa Champa Muslim terdapat di situ. Sejarah baru bermula selepas perang dunia kedua apa bila Perancis dikalahkan dam peperangan Battle of Dien Bien Phu. Pada tahun 1954 keputusan Geneva Perancis mengundur dari Vietnam dan Vietnam di bahagi dua utara komunis dan selatan Republic of Vietnam ( kapitalis ).
Penentangan dilakukan oleh Viet Minh communist revolusionary force, seterusnya melakukan proclaim terhadap kerajaan Vietnam Selatan yang mendapat sokongan Amerika. Di bantu gerila National Liberation Front ( Viet Cong ) berfahaman Komunis. Menjadi medan Perang dunia ketiga atau Cold War blok Nato dengan blok Warsaw. Berakhir dengan Amerika mendapat kekalahan menghinakan dan berakhir pada tahun 1975. Seluruh Vietnam menjadi Republik Komunis dengan sokongan Rusia. Ekonomi mendapat bantuan luar kerana peperangan panjang. Menganggota negara-negara kerjasama ASEAN.
REPUBLIK SINGAPURA. Salah satu dari negeri-negeri selat bawah penjajahan British pada abad ke 19. Pada tahun 1963 menganggotai persekutuan Malaysia selama 2 tahun dan keluar dari persekutuan pada 9 Ogos 1965 mengistiharkan kemerdekaan. Sistem kenegaraan singapura berpandukan westminister, Presiden hanya simbolik Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh. Politik dikuasai oleh People Action Parthy (PAP) fahaman sosialime dipimpin Lee Kuan Yu. Parti pembangkang hanyalah syarat mengistiharkan negara Singapura sebuah demokratik yang sebenarnya bersifat Autoritarianisme ( Diktatorship tersembunyi ).
Perdana Menteri baru Singapura ialah Lee Hsien Loong anak sulong kepada Lee Kwan Yu. Beliau Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holding milik kerajaan. Beliau semasa perkhidmatan tentera berpangkat Brigedier Jeneral, beliau adalah yang termuda dalam perkhidmatan tersebut. Beliau memeterai Perjanjian Rangka Kerja Strategi antara Amerika Syarikat dan Republik Singapura untuk Perkongsian Kerjasama Yang Lebih Rapat dalam Pertahanan dan Keselamatan". http://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Hsien_Loong
Menjalani sistem pemerintahan tentera Diktator (kuku besi) melakukan tekanan dan pembunuhan kepada musuh politk. Aung San Suu Kyi anak kepada Jeneneral Aung San kembali ke Burma pada 1988 untuk memulihkan sistem demokrasi dan di sokong kuat oleh kuasa besar dunia Amerika dan negara barat termasuk negara-negara Asean.
Mempunyai rakyat yang ramai dan masyarakat miskin mendominasi negara. Sebahagian besar pendapatan Burma ialah dari Drug Golden Triangle penyumbang ekspot dadah terbesar asia tenggara di ikuti Afghanistan. Pada tahun 1997 Burma mencatatkan 60% bekalan dadah dunia darinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan