10 Februari 2008

SUMPAH ANAK WATAN DARUL IMAN


TERAKHIR WATAN ADALAH KITA
PERTAHANKANLAH KEDAULATAN NEGARA
DARI JATUH KE TANGAN DURJANA
BERTOPENGKAN MANUSIA BERHATI PUAKA

BIAR GUGUR JANGAN UNDUR
PANTANG PEWIRA BILA BERTEMPUR
JASAD TERBARING LINTANG MEMBUJUR
SEMANGAT JUANG MESTI DIHAMBUR

KERANA ALLAH KITA MELANGKAH
DARAH MERAH BIAR TERSIMBAH
DI BUMI PUSAKA MILIK ARWAH
SYUHADA JUA MENJADI ANUGERAH
KITA UKIRKAN LANGKARAN SEJARAH
KALIMAH KEBENARAN BERDIRI MEGAH

SEGALA DOSA TERHAPUSLAH SUDAH
KEMBARA UTAMA DI ALAM AKHIRAH
MAQAM MUTMAINAH TIADA GUNDAH
KERANA ALLAHLAH TUHAN MAHA PEMURAH
KEPADA HAMBANYA KEMBALI MENYERAH

WAHAI PEMUDA HARAPAN BANGSA
WAHAI PEMUDI TIANG NEGARA
DI TANGAN MU JUALAH KALIMAH MULIA
HARUS DITINGGI HARUS DIBANGGA

HUBBUL WATAN MINAL IMAN
SUMPAH PERKASA PAHLAWAN TERBILANG
BERKAT RAHMAT KEESAAN TUHAN
KITALAH GENERASI PENYAMBUNG WARISAN
JALUR GEMILANG TERUS DIJULANG
MEMBAWA OBOR MENCERNA KEAMANAN
KESELURUH ALAM TANPA SEMPADAN
MARALAH KEHADAPAN SEBAGAI PEMBELA
NASIB UMMAH YANG SEDANG DIPERKOSA
MARUAH AGAMA TERUS DICERCA
RASULULAH MULIA TELAH DIHINA

APA ERTI BANGSA KITA HIDUP
BAGAIKAN BANGKAI MASIH BERNYAWA
HASIL MAHSUL ASING YANG MENGAUT
DADAH MERAJA MEMBINASA JIWA

ANAK BANGSA KU YANG TERUS ALPA
PELBAGAI SELOGAN TERUS DIPENA
NAMUM HASIL TIDAK SEBERAPA
KERANA YANG BERKUASA TERUS LEKA
DENGAN PANGKAT DAN JUGA HARTA
VILLA MEWAH GAH DI MATA
PENGHUNI DESA MEMENDANG RASA
MEREPAT HINA DI BUMI TERCINTA

MANA ‘MAHDI’ DIGELAR SATRIA
IMAM TERNAMA DARI MAHA ESA
AKHIR ZAMAN KESUDAHAN DUNIA
MAKMUR BAHAGIA TERUS DIKOTA
BETAPA ADIL JUGA SAKSAMA
TANPA MENGIRA APA PUN BANGSA
ALLAH JUALAH YANG PASTI DI ESA
SEBAGAI TUHAN MAHA BERKUASA
PENCIPTA ALAM SELURUH BUANA

KEMBALINYA ISA BERKERJASAMA
MEMBAWA MESEJ SAUDARA TERCINTA
AHMAD TERSURAT SEBAGAI CERITA
DI DALAM INJIL KITAB UTAMA

TIADA LAGI MUSUH TIADA PERSENGKETAAN
KEADILAN DUNIA AKAN DIPULANGKAN
KERANA MANUSIA ADALAH CIPTAAN TUHAN
DARI SEORANG HAMBA BERNAMA ADAM
ALAIHI MUSSOLA TU WASSALAM.

Tiada ulasan: