'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'.'' (Ali 'Imran: 190-191).
Sukan sememangnya mendapat galakkan dari Rasululah saw yang dilakukan dalam memelihara hak dan batas-batasnya. Sukan extreme boleh memberi suatu daya impluse kepada para belia dan remaja untuk membanggunkan tahap keyakinan pada kebolehan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sukan Paraglider memerlukan seorang pengendali melampaui keperluan tersebut iaitu mampu mengenal kehebatan penciptaan Alam seterusnya mengasah daya pemikiran menjanakan generasi berakal atau Ulul -Albab.
Ulul-Al Bab suatu generasi yang berakal ( Intelektual ), generasi Al Quran yang mampu menterjemahkan sesuatu yang baru mengikut acuan Al-Quran, Generasi ini meletak Allah di tahap tertinggi yang mampu mengenal yang Haq dan Batil. Generasi yang tidak menokok tambah agamanya dengan selogan dan konsep baru kerana generasi ini memahami bahawa Islam yang diturunkan kepada Rasululah adalah sempurna ( Syumul ). Ia juga boleh dinisbahkan kepada generasi Muttaqim ( Bertaqwa ), generasi yang sentiasa takutkan Allah, amanah, tidak makan rasuah, tidak memfitnah, tidak menipu dan tiada sifat nifaq atau munafiq pada dirinya.
Sukan extreme adalah antara hidup dan mati, tanpa mengikuti prosidur yang betul petaka bakal menimpa, di saat inilah akan wujudnya pengantungan mutlak kepada Allah. Hati dan perasaan sentiasa merujuk pertolongan dariNya. Samada penjelmaan secara langsuang atau sebaliknya apa yang diperkatakan generasi ulul Albab sudah terbentuk.
Mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan, ciri-ciri kebaikan yang ada pada diri mereka akan mampu mempertahankan kemerdekaan ini seabad lagi. Kerana kehancuran sesebuah negara adalah wujudnya pemimpin penipu, memakan rasuah dan membolos harta dan khazanah negara.
Modal Insan seumpama itulah diperlukan Terengganu meneruskan fasal ketiga kemerdekaan gemilang ke 50 tahun akan datang. Patriotisme yang ada pada diri mereka memampukan wawasan di realisasikan. Dalam hal tersebut PB2W memproduktif wacana peradaban bangsa.
QURANIK . ENSIKLOPEDIK . IJTIHADIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan