01 Februari 2008

PATRIOTISME ANAK WATAN DARUL IMAN

Sempena semangat kemerdekaan gemilang ke 50 yang baru kita sambut, dan patriotisme di dalam diri terhadap maruah dan harga diri warga sebuah negara berdaualat. PB2W tepanggil untuk mengulas sedikit tentang serangan sentimen dari warga negara jiran sebelah terhadap tanah air bertuah ini.. Bertitik tolak dari segelintir mereka yang di beri kuasa telah melampau kuasa yang ada sehingga bertindak melewati batas-batas kemanusian persaudaraan serumpun telah menjejaskan perhubungan.



Apa yang ingin kami perkatakan janganlah kerana kerbau seekor menyebabkan semua dipalit lumpur dipersalahkan, adalah tidak wajar dan waras kita serumpun berkelahi. Ada saluran rasmi untuk bantahan dan teguran bukan menggunakan Web, Blog, Friendster dan sebagainya untuk menjadi media mengutuk. Kita semua sebagai Umat Melayu di rantau Nusantara yang mengaku mengamalkan Islam sebagai Deen kehidupan marilah kita kembali ke Al-Quran sebagai jalan penyelesaian "Jika sekiranya kamu bertelingkah pada sesuatu maka kembalilah kepada Allah dan rasul". penyelesaiannya janganlah mengutuk sampai mengubah Bendera, lambang dan simbul rasmi negara kami. Kami tidak akan bertindak sama seperti warga negara sebelah. Sebagai mencari jalan tengah sebagai wakil kami sanggup menghulur tangan persahabatan dan memohon kemaafan bagi kesalahan segelintir mereka yang tidak bermaruah serta tanggungjawab dari warga negara ini.


http://profiles.friendster.com/malaysialanjing


Tiada ulasan: