Tarikh: 24 Mar 2008
Kuala Lumpur, 20 Mac – Tanggal 12 Rabiulawal tahun Hijrah, umat islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul dengan pelbagai cara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Pada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini, Yang Di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia perlu mencontohi keunggulan peribadi Rasulullah SAW dalam melaksanakan perintah Allah ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang unggul serta menjadi contoh teladan kepada dunia.
“Umat Islam perlu mengamalkan budaya belajar dengan berpandukan Al-Quran, bertanggungjawab dan memiliki akal yang cerdas demi mencapai kecemerlangan. Di samping itu, umat islam harus berganding bahu dan mengeratkan persaudaraan sesama islam agar kesejahteraan dan keamanan negara terus dipertahankan".
Baginda bertitah ketikan merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1429H di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini. Berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.Turut hadir, Perdana Menteri. YAB Dato’ Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abd. Razak dan isteri YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor.Pada majlis sama, Yang Di- Pertuan Agong berkenan untuk menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul. Seramai 5 penerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun ini terdiri dari Y.Bhg. Tan Sri’ Dato’ Dr. Yahya b. Tun Dr. Awang YB Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh.Tururt menerima anugerah Cik Nor Umairah bt. Ahmad Jamhari merupakan pelajar OKU Cemerlang bagi tahun 2007, srikandi negara Merdeka de Everest 50 tahun merdeka Pn. Marina Ahmad dan Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustaffa.
Penerima anugerah membawa pulang trofi dan wang tunai RM 5000.Tema sambutan Maulidur Rasul Pringkat Kebangsaan ini ialah Menjana Ummah Gemilang. Tema ini dipilih selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan ummah menerusi modal insan. Dalam acara lain, seramai 120 orang peserta dari kalangan warga Kementerian Belia dan Sukan telah menyertai perarakan kali ini. Perarakan bermula dari stadium hoki ke Stadium Putra, Bukit Jalil yang disertai seramai 103 kontinjen terdiri dari kakitangan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, badan-badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan, kelab-kelab, pelajar institusi pengajian tinggi, maktab dan sekolah di sekitar Lembah Klang serta orang awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan