27 Mac 2008

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Bersamalah kita melakukan Munajat Perdana di Masjid Tengku Tengah Zaharah ( Masjid Terampung ) pada 27 Mac 2008 hari Khamis malam jumaat. Kita memohon kehadrat Ilahi supaya mengembalikan Darul Iman sebagai sebuah negeri yang dinyatakan dan dijanjikan oleh-Nya di dalam Al-Quran "BALDATUN TOIYIBAH WARABBUN RAFFUR" Suatu negeri yang baik dan Tuhan mengampuninya. PB2W bersama dengan rakyat Terengganu Darul Iman mendoakan semoga keamanan Terengganu dan Malaysia berada dalam keutuhan selamat dari mala pertaka dan perancangan jahat mereka yang memusuhinya.
Kami memohon Allah memberi taufiq dan hidayah kepada Baginda Al Sultan Yang Di Petuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Adinda beliau selaku Yang Di Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Badrulzaman ibni Sultan Mahmud Tengku Seri Panglima Raja memerintah Malaysia dan Terengganu menuju kearah keamanan, kemakmuran dan keredhaah Allah selaku Penguasa hari pembalasan.
DAULAT TUANKU

Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

KUASA DI RAJA - YANG DI PERTUAN AGONG


Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan: