ITQAN AL-MULUK BITA’DIL AL-SULUK” UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI TERENGGANU TAHUN 1911.
“Fasal Yang Kedelapan”
Mustahak Atas Raja Bermesyuarat
Sesungguhpun sekalian kuasa negeri dan kerajaan semuanya pada raja jua, tetapi lazim dan mustahaklah raja itu bermesyuarat dengan segala menteri-menteri atas apa-apa pekerjaan kerajaan dan peraturan undang-undangnya.
“Fasal Yang Kesepuluh”
Maka ada kuasa bagi raja, jikalau suka, ia boleh memberi hukum sendiri di atas segala pegawai-pegawai yang memegang jawatan negeri atau di atas rakyat negeri. Maka lain-lain orang tidak boleh memberi hukum atau perintah di atas mereka itu, melainkan kepala-kepala yang telah ditentukan bagi pekerjaan itu sahaja.
“Fasal Yang Kelima Puluh Satu”
Agama Negeri dan Agama Lain
Sesungguhnya, telah disifatkan, dan disebutkan, dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah (melayuiah), ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan. maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadi, atau disebut agama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan agama, dan amankan, dan dibenarkan masuk, biar di dalam negeri dan jajahan Terengganu.
"Fasal Yang Kelima Puluh Dua"
Kesalahan Yang Membuat Khianat atau Cuba Hendak Berbuat Dia
Maka jikalau Waris Ganti, atau Waris Yang Pertama atau Yang Kedua, atau yang jauh, atau menteri-menteri, atau ketua-ketua, atau ahli-ahli dan suku-suku daripada mereka itu, atau lainnya, ada berbuat khianat, atau mencuba membuat sesuatu jalan ikhtiar yang disifatkan dia dengan khianat di atas seorang yang terlebih pangkat daripadanya, supaya mendapat pangkat itu baginya, atau bagi yang lain daripadanya, maka adalah perbuatan yang demikian itu ditimbangkan sebesar-besar jahat, dan salahnya. Dan adalah hukumannya diatas seorang, atau suatu pasukan yang bersubahat atas yang demikian itu, derhaka. Jikalau bukan dihukum mati, dikeluarkan dia daripada negeri. Dan disifatkan dia dan sekalian keturunannya tiada sekali-kali mempunyai hukum lagi, yang boleh mewarisi takhta kerajaan Terengganu. Dan demikian lagi, hak yang ditentukan bagi mereka itu daripada kerajaan seperti pangkatnya, dan belanja hidupnya, diberhentikan, dan terkembali pulang kepada kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan