25 Mac 2008

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

DAULAT TUANKU

Suasana yang agak malang telah menimpa Terengganu akibat dari percaturan politik yang sempit. PB2W sebagai organisasi NGO atau pertubuhan bukan kerajaan cuba mengelakkan komuniti ini menjadi sebarang dari agenda parti politik, PB2W bekerja menyatukan para belia supaya duduk dalam satu front tanpa mengambil kira faham kepartian masing-masing dan ras membentuk perpaduan bangsa bagi menjaga keutuhan negara.

Hari ini selepas PRU ke 12 dalam tempoh 14 hari sebelum tertubuh kerajaan Negeri, satu insiden penderhakaan dan penghinaan terhadap kesultanan Islam Terengganu oleh sebuah parti politik yang selama ini memperjuangkan nasib bangsa Melayu telah memalukan dan mendukacitakan rakyat Terengganu terutama generasi muda. Berlakunya perkara seumpama itu di Terengganu Negeri orang-orang yang beriman.

Bangsa Melayu pantang menderhaka kepada Sultannya yang adil, sehubungan dengan itu PB2W merasakan kedukacitaan yang teramat dengan tindakkan parti tersebut bersama perancangnya yang menghina dengan pangilan keji terhadap Sultan. Kepada para belia dan ahli-ahli pihak PB2W mengarahkan berilah ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda Sultan dan tanpil kehadapan mempertahankannya walaupun perkara sebaliknya akan berlaku kerana itu adalah sumpah Anak Watan darul Iman.

Kalaulah semasa Hang Tuah Jebat derhaka perlu dihukum bunuh, maka pada zaman ini , tangkap di atas akta hasutan dan darurat atau seperti tuduhan terhadap Al Maunah menderhaka pada yang di Pertuan Agong bawa mereka penderhaka kemuka keadilan. Mereka perlu dibuang gelarang dan negeri, mereka tidak layak menjadi rakyat Darul Iman sabit kesalahan. Mereka mengajar budaya gensterisme kepada anak-anak muda di negeri ini, "ini bukan budaya kita" - meminjam ucapan PM.


Perkara yang dipertikaikan ialah Sultan tidak melantik semula menteri besar yang terdahulu, dan mempertikaikan kewibawaan Sultan tidak mengikut perlembagaan. disini diturunkan peruntukan undang-undang ( Raja berpelembagaan ) yang telah dipakai kebawah Duli Al - Sultan.
"KAEDAH PERLANTIKAN MENTERI BESAR TERENGGANU HENDAKLAH MENGIKUT UNDANG2 BAGI DIRI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 1911 DENGAN PINDAAN PADA TAHUN 1948.01.21 MASEHI BERSAMAAN 1367.3.10.
Assalamualaikum perlantikan Menteri Besar tertakluk kpd Undang Undang BAGI DIRI Negeri TERENGGANU 1911 (11.11.1911) DENGAN PINDAAN (DITAMBAH KEPADA UNDANG2 DIRI 1911 PADA 21.01.1948 DIKUATKUASA PADA PADA TARIKH YANG SAMA ( FASAL 1 (2)) YANG DIZIN.
FASAL 5 UNDANG2 BAGI NEGERI TERENGGANU( YANG DITAMBAH PADA 1948)
FASAL 5 MEMPERUNTUK RAJA MEMERINTAH MENGIKUT UNDAND2. RAJA BERKUASA MELANTIK MB DAN JUA PADA UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU TAMBAHAN 1948 DIBAWAH FASAL10(I) DAN FASAL 14(1)(2).
PERUNTUKAN DIBAWAH UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU 1911 FASAL 29 MEMILEH DAN MENJADIKAN MB DAN NAIBNYA ADALAH SEMATA2 HAK BAGI SULTAN (TIDAK DIPINDA)
DIDALAM TAMBAHAN PADA TAHUN 1948 DIPERUNTUKAN DIBAWAH FASAL 10 PERLANTIKAN MB DYMM HENDAKLAH MELANTIK DENGAN SURAT LANTIKAN YANG DITANDA TANGANI OLIH BAGINDA DENGAN MEMAKAI MOHOR NEGERI SEORANG MB MENGIKUT SYARAT2 PERENGAN (1) DIBAWAH SYARAT (2)
FASAL 14 (2)(1) DAN (4) DYMM HENDAKLAH MULA2 MELANTIKAN DAHULU MB UNTUK MENGETUAI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN SEORANG AHLI DUN...
FASAL 14(4) TAKALA MELANTIK SEORANG MB MAKA BOLIHLAH DYMM MENGIKUT TIMBANGAN BAGINDA SENDIRI, MENINGGALKAN MANA2 SYARAT DALAM FASAL 10 YANG MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA AKAN MB ITU JIKA SEKIRANYA PADA FIKIRAN BAGINDA MUSTAHAK MENINGGALKANYA KERANA HENDAK MENUNAIKAN KEHENDAK2 FASAL 10 INI.
Jelas di sini pelantikan MB adalah HAK KUASA MUTLAK BAGINDA DYMM AL-SULTAN, MUKTAMAT .

Tiada ulasan: