Seterusnya satu pertemuan telah diadakan melalui YM LtM (B) Tg Shabirin bin Tg Awaludin selaku Setiausaha Kelab Penerbangan Terengganu (TFC) bersama Capt Mohd Arif bin Ibrahim (MAS) dari NSSAC di mana beliau juga adalah Anak Watan Darul Iman dengan Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W). Pertemuan tiga hala ini telah menghasilkan keputusan mencari satu lokasi sesuai di Terengganu bagi diperkenalkan sukan Paraglider/Powered Paraglider. PB2W telah mengambil peranan membuat tinjauan lokasi sesuai.
Setelah beberapa kreateria diambil perkiraan maka satu tinjauan telah dibuat pada 18/04/07 Rabu jam 1845H di Lokasi Bukit Cendering (Latitud dan Longitud 5°16’1.66”U 103°11’ 3.94”T). 10 km dari bandar Kuala Terengganu menuju ke Kuantan. Antara yang terlibat dalam tinjauan tersebut ialah Capt Md Arif bin Ibrahim dari MAS, Lt.M (B) Shabirin b Tg Awaluddin dan Mohd Shukri Embong ( YDP-PB2W).
Seterusnya pada 21/04/07 Sabtu jam 1000Z satu kumpulan pertama seramai 10 orang telah membuat kerja-kerja awal penandaan dan pembersihan. Mereka adalah terdiri dari ahli-ahli PB2W dan tumpangan 3 orang anggota Belia dari Rejiemen Askar Wataniah. Dengan Menggunakan peralatan ringan kerja-kerja dilakukan sebagai penanda kawasan untuk tujuan pembersihan lokasi zon penerbangan Paraglider.
Dalam masa yang sama beberapa alternatif baru diusahakan bagi mencari lokasi pilihan yang baru untuk paraglider selain dari bukit chendering. Satu tinjauan telah dijalankan Pada 8 Mei 2007 hari sabtu Tim tinjauan hadapan digerakkan untuk meninjau lokasi Bukit Jerong. Faktor ketinggian dan arah tiupan angin diperkirakan dalam menentu sesuatu lokasi pilihan. Dari sudut faktor ketinggian bukit tersebut telah mencapai ketinggian 1000 kaki dari aras laut dan berada dalam kedudukannya strategik.
namun setelah dibuat kajian secara terperinci lokasi Bukit Jerung tidak sesuai untuk tujuan program paraglider kerana terdapat halangan dari bukit kecil di bawah dan lembah yang boleh menyebabkan Turbolen membahaya untuk takeoff. Hasil dari perbincangan dengan ketiga-tiga persatuan maka keputusan dibuat bahawa lokasi Bukit Chendering sahaja boleh digunakan untuk program Paraglider.
Lanjutan dari itu seramai 6 orang ahli PB2W bersama Capt Arif Ibrahim terlibat membuat calibration angle untuk takeoff dilokasi yang sama. Seterusnya satu kertas kerja konsep program Paraglider/Paramotor dihantar ke jabatan Belia dan Sukan Terengganu bagi mendapat sokongan kewangan pengurusan. Kerjasama terbaik telah dihulurkan pihak JBSNT dalam menjayakan program paraglider ini.
Fasal pertama: Pada petang Jumaat 06hb, Julai 07 1500Z aktiviti menyambung kerja-kerja pembersihan lokasi baru terbengkalai diteruskan. Seramai 7 orang ahli PB2W termasuk YDP dan Capt Arif Ibrahim dari NASSC terlibat melaksanakan kerja pembersihan bersama. Fasal kedua: Bertarikh 21hb, Julai 07 Sabtu jam 1000Z seramai 10 orang ahli PB2W hadir melakukan kerja gotong royong. Pada fasal ini penggunaan gergaji mesin bagi mempercepatkan kerja-kerja pembersihan. Taklimat teknikal menyediakan angle takeoff diberi Capt Mohd Arif Ibrahim di kedai makan dalam Komplek Perikanan Pelabuhan chendering.
DEMO / KURSUS SIRI 1 PARAGLIDER BUKIT CHENDERING - PB2W - NSSAC
Satu program pengenalan awal pengendalian Paraglider diadakan di Pantai Pandak dan Bukit Chendering pada 05 / 08 / 2007 hari Ahad. Seramai 15 orang peserta termasuk Jurulatih dari NASSC hadir untuk melakukan ujian soaring serta melatih dan memperkenalkan sukan paraglider kepada Belia Terengganu. Manakala dari PB2W seramai 25 orang terdiri dari pelajar Belia dan remaja penduduk asal kg Chendering hadir mempelajari latihan pengendalian asas paraglider. Orientasi lokasi dan kedudukan di atas muka bumi 5°16’01.63”N 103°11’03.96”E diberikan YDP-PB2W. Capt. Marasmiza dan Capt. Arif Ibrahim kedua –dua dari MAS merupakan tenaga penggerak utama NSSAC.
Keadaan cuaca dan teknikal muka bumi tidak bersesuaian untuk membuat penerjunan dari atas bukit, maka tiada penerbangan berjaya dilakukan. Pihak PB2W tidak berputus asa alternatif baru dilakukan dengan dengan mengubah sudut penerbang di tempat baru dilokasi yang tinggi sedikit dari tepat sediada.
Dalam program lanjutan akan datang PB2W memperkenalkan konsep Fly Terengganu Team -F2 Team disini antara objektif utama PB2W ialah membawa seramai yang mungkin Belia Anak Watan Terengganu terbang di udara tanpa mengira jantina dan had umur yang terhad.
Sambungan kerja-kerja membuka dan melebarkan kawasan baru untuk penerbangan dilakukan sehinggalah ke bulan Mac 2008 kesemua kos pengurusan dan peralatan serta logistik pengankutan dan makan minum selama setahun menjangkau RM 6700.00.
Sebagai tanda kejayaan diatas kepenatan serta jerik perik para Belia Terengganu ialah berjayanya diterbangkan 2 buah paraglider dari Bukit Chendering bagi mempastikan lokasi dan angle yang dipilih telah menepati piawai lokasi takeoff paraglider antarabangsa.
Ucapan ini juga ditujukan kepada ahli-ahli PB2W, para sukarelawan belia dari Askar Wataniah, belia tempatan Pantai Chendering, Shahrin Kamarudin dan Mohd Hisham Awang Long selaku Team Logistik PB2W. PB2W mengajak seluruh belia Terengganu marilah bersama bekerja dalam satu pasukan bersama kehadapan mencipta kegemilangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan