21 Mac 2008

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN SIRI KE II

SUATU KEUNGGULAN
Alhamdulilah setelah berjaya melakukan 2 test flight siri pertama di Bukit Chendering launch site (Takeoff) pada 11hb,Mac.2008, siri kedua test flght telah diadakan pada 15hb-16hb,Mac 2008 melibatkan 3 orang paraglider, 8 orang dari PB2W dan 20 orang para pelajar sekolah Menengah Tun Telanai. Program ini (Hujung minggu) adalah sebagai pendedahan awal PB2W kepada para pelajar dalam bidang (Konsep) sains aero angkasa.
PB2W atau Persatuan Belia Waja Watan Terengganu telah mengariskan dalam wawasan percapaian kerjayaannya suatu paradigma baru pengupayaan jatidiri anak Watan Terengganu dengan konsep 'Penjajaran Modal Insan Ulul Albab merentasi Globalisasi' sebagai memampan hasrat kerajaan melahirkan suatu kelompok generasi yang Al-Quranik, Ijtihadik dan Eksiklopedik.
Pihak PB2W menganggap ia suatu perkara yang perlu diterjemahkan bukan sekadar suatu selogan yang gah di mata. PB2W bekerja seiring dengan wawasan negara menjana komuniti 'Humans Capital' yang mempunyai market value.

Seterusnya PB2W akan menjadikan paraglider suatu sukan extreme baru sebagai teras pengupayaan jatidiri para belia di Terengganu dan menjadikan ia mampu dimain oleh semua orang (bukan sukan elite). Bermula dari tahun ini bagi mencapai hasrat tersebut PB2W dengan kerjasama NSSAC dan TFC akan mengadakan kursus asas pengendalian paraglider secara bersiri dalam setahun.

Untuk peringkat awal 2 siri latihan asas dijangkakan akan diadakan pada April ini melibatkan seramai 40 orang peserta. Berpandukan kepada prestasi dan sambutan dari latihan tersebut beberapa pendekatan komprehansif akan dilakukan melibatkan para belia Terenggau.

Sukan ini akan dibangunkan secara berperingkat dari tahap amatur kepada profesional setaraf dengan negara-negara luar yang telah maju di bidang tersebut. Sasaran tersebut menjelang 2010 di mana sebahagian dari para paraglider tempatan dijangkakan akan mengikuti kejohanan paraglider rantau asia pasifik dan antarabangsa.

Pihak PB2W mengalu-alukan pihak swasta yang sedia menjadi penaja kepada pembangunan sukan tersebut di Terengganu. Selain menaikan nama Terengganu khasnya dan Malaysia amnya ia adalah suatu pembebasan minda remaja dalam menyediakan warga yang 'TASK' menghadapi cabaran hidup yang mendatang.


Bersamalah kita bekerja membawa masa depan generasi pelapis kita ke arah kecermerlangan, kegemilangan dan keterbilangan, seterusnya kita mewariskan tanah pusaka ini kepada mereka supaya mereka menjadi pejuang-pejuang yang akan mempertahankannya sehingga kegenerasi akan datang seterusnya.



Mereka akan menjadi generasi contoh, mampu meminpin melangkaui sempadan geografi mereka menjadi apa yang dijanjikan oleh Rasul akhir zaman generasi yang membawa kembali tamadun yang telah hilang. Mereka adalah anak-anak jati Watan Terengganu Darul Iman, hati-hati mereka lasak bagaikan kepingan-kepingan besi waja 'Tidak sekali-kali mengalah' mereka berjaya membuktikan hasil kecemerlangan. Semangat yang ada dalam diri mereka perlu dipupuk dan dibajai berilah peluang kepada mereka kerana janji kerajaan Terengganu "Tiada halangan hanyalah peluang ...". Janganlah menjanjikan dan menjadikan suatu peluang yang telah lesap hilang.

Tiada ulasan: