08 Mac 2009

MENCABAR DAYA PEMIKIRAN DAN HOLISTIK - SUATU KAJIAN


Salam…

Maaf kerana artikel kali ini kelihatan sedikit terburu-buru. sebenarnya, saya seakan mendapat ‘gerak’ atau ilham untuk menulis apa yang kenali sebagai Nusa Naga.

Pada mulanya, saya mahu mengunakan terma ini sebagai tajuk buku novel saya yang kedua, tapi memandangkan penerbitan De facto harus menempuh masa yang agak lama lagi, jadi, saya simpankan dulu mengenai pembikinan Novel pengembaraan fantasi yang berdasarkan zaman purba melayu ini ke lain kali.

Biarpun begitu, saya memerlukan bantuan daripada sesiapa yang mempunyai maklumat atau fakta mengenai melayu purba seperti kerajaan nusantara lama atau tempat-tempat (yang hanya di ketahui hanyalah ganganegara, Pan Pan, langkasuka, Kota Gelanggi, Ophir/gunung ledang dan sebagainya)

Bila dunia memasuki 1430 hijrah, saya menjadi suka pada perkara berkaitan melayu lama dan seakan ada kaitan dengan saya. Apa sebabnya, saya tidak tahu. Biarpun begitu, saya bukanlah seorang yang sukakan mistik dan magik. Saya seolah-olah terpanggil untuk memperluaskan mengenai kemelayuan kepada seluruh NUSANTARA.

Ya, nusantara. Bukannya Malaysia semata-mata. Jadi, dek kerana itu, saya mendapat ilham atau seakan petunjuk. Perkataan NusaNaga yang belum pernah saya ketahui selama ini tiba-tiba terngiang di telinga saya. Saya tidak ketahui kenapa, dan mungkin ada antara anda yang mengetahui kenapa.

Perkataan NusaNaga ini seterusnya membawa saya kepada perkataan Nusantara yang mungkin bermaksud NUSA ANTARA. Selain dari itu, saya juga di ‘bawa’ menemui sebab kenapa terbitnya perkataan ini. NUSA ‘mungkin’ bermaksud BANGSA atau RUMPUN

Baiklah, bercakap mengenai NAGA,

NAGA yang seperti kita tahu ialah sejenis binatang mitos. NAGA terbahagi kepada 2 yakni:-

-Naga seperti ular-Naga yang seakan dinosours dan mempunyai sayap
Persamaan antara kedua-duanya ialah, masing mempunyai api dan boleh terbang. Baik, kita tinggalkan mengenai naga.

Mengapa saya memperkatakan mengenai Nusa Naga?Saya pernah di beritahu bahawa/atau pernah membacanya di mana-mana, mengenai kaum naga yang hidup di kalangan manusia. Kaum Naga ini bukanlah naga yang seperti binatang itu tapi ianya sebuah lambang kedaulatan atau thumbprint of certain genetics. Mengikut apa yang diberitahu oleh web konspirasi barat, bangsawan atau kerabat diraja yang ingin memegang tampuk di raja di eropah, haruslah mempunyai darah naga?! Bagaimana warna darahnya tidak di ketahui, tapi yang pasti, manusia berdarah merah. Jika ianya bukan merah, maka, masih manusiakah mereka itu?

Apa yang pasti, darah keturunan Naga ini mesti berkaitan dengan peristiwa zaman dahulu. Adalah mungkin darah naga ini berkaitan dengan darah keturunan iskandar zulkarnain atau raja sulaiman?!

Kita juga di beritahu bahawa sultan-sultan tanah melayu dulu pun berdarah iskandar zulkarnain. Dek kerana itu mereka mempunyai daulat yang tak mungkin di sangkal-sangkal. Saya tidak tahu samada daulat masih wujud atau tidak tapi yang nyata, darah keturunan naga itu harus wujud sehingga sekarang. Ada yang mengatakan naga yang di maksudkan ialah keturunan ahlul bait (keturunan nabi muhammad). Apakah ianya benar ?


Jadi, di dalam bangsa-bangsa melayu (rujuk evolusi senyap 3), terdapat jurai atau darah keturunan yang menjadi pemantapan pada ‘betapa legendanya dan rahsianya tanah nusantara’.

Jika pembaca malas untuk ‘menyelak evolusi senyap 3 untuk mengetahui apakah itu bangsa-bangsa melayu, maka saya akan cuba memberitahu secara ringkas.

Bangsa -bangsa melayu ialah asimilasi bangsa-bangsa dari seluruh dunia yang menetap/mengamalkan adat istiadat melayu dan beragama islam. Dek kerana itu tidak wujud bangsa melayu kerana dari segi genetiknya tidak wujud secara sah. Asimilasi itu sedang terjadi kini dan ianya seakan evolusi bangsa-bangsa melayu kali kedua selepas ‘empayar melaka’ (seperti dalam buku teks dan perlembagaan-saya tidak mahu khayal lebih, ya?!)

Baiklah, Pernahkah kalian terfikir, kenapa tanah ini kerap kali di landa perang dari bangsa luar tapi masih juga utuh. Sedangkan negara islam lain, dengan mudahnya di landa balatentera musuh lalu hilanglah ‘nusantara’ mereka?!

Kenapa tanah ini seakan-akan di gelapkan dari di ketahui dunia sedangkan musuh-musuh dunia sedang mencari jalan untuk menghancurkan tanah ini. Saya berdoa agar musuh-musuh ini akan ‘hancur’ dan di harap Nusantara akan berbaik semula hendaknya. (secara kasarnya kelihatan baik tapi belakangnya, hanya tuhan saja yang mengetahui )

Perihal Nusa Antara pula saya di ertikan sebagai pemisahan antara tanah-tanah nusatara tika terjadinya gempa bumi atau goncangan kuat yang menyebabkan banyak tamadun kuno lenyap sama sekali. Selat melaka (mitosnya) di katakan adalah sebuah sungai besar. Keadaan tanah nusantara tika itu tidak lain tidak bukan seperti jantung manusia. Dek kerana itu ia di sebut jantung bumi (bagi yang mengetahui).

Saya tidak mahu bersifat ‘kemelayuan’ sangat tapi apa yang saya temui harus juga di perkatakan kepada kalian. Saya tidak tahu kenapa, tapi pada malam ini, seakan ada suatu ’suara’ memaksa saya untuk berkongsinya kepada kalian. Apakah selepas ini ada keajaiban atau kesusahan. Kalian berdoalah demi kebaikan.

Apapun, saya berharap benar agar Nusatara tidak lagi ‘di antarakan’, akan tetapi bercantum kembali di hati2 kalian agar jantung bumi akan berdenyut kembali dan dunia akan menyanyi kembali dengan riangnya.

APAKAH EVOLUSI BENAR-BENAR KEMBALI?ATAU IANYA HANYALAH ILUSI?
kalianlah menjawabnya…

wallahuaklam

p/s: insyallah, nanti saya akan teruskan rangkuman evolusi senyap 4 yang mungkin akan menenangkan jiwa-jiwa kalian. amin


2 ulasan:

shahpaskal berkata...

Bro,,,artikel saudara dalam ni banyak yang menarik, berkali-kali saya masuk baca artikel dalam blog ini.

Saya cuma nak bagitahu, saya mungkin akan buat ulasan mengenai rakyat Singapura dan kem rekreasi milik mereka di Tregganu itu tidak lama lagi.

Saya akan salin kesemua artikel dan gambar untuk diletakkan dalam blog saya tetapi credit dan penulis asal saya akan kekalkan.

Saya berbuat demikian kerana ada satu analisis saya yang berkaitan dengan artikel saudara.

BELIA WAJA WATAN berkata...

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan, kedaulatan negara tanggung jawab bersama ...