Sebahagian dari anak muda Terengganu pada malam menyambut pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandar Raya menunjukkan isyarat fuck ....... !, kepada siapakah dituju isyarat tersebut; adakah kepada Menteri Besar Terengganu ...!, atau Ketua Polis Negeri Terengganu atau Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu atau Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau sesiapa sahaja yang melihat. Adakah ini budaya kita, adakah merekalah sebenarnya generasi Ulul - Albab, inikah modal insan Terengganu ?, yang pasti ini suatu kebiadaban. Sejauh mana budaya jahiliah ini menerosok masuk ke dalam jiwa anak muda kita, Mereka telah menjadi ancaman dalam negara yang akan meruntuhkan negeri dan mengundang bala dan kebinasaan dari Allah.
Siapakah perlu bertanggungjawab, siapakan yang gagal mendidik, apa sudah tidak kena dengan budaya kita, mana Ulama, mana JHEAT. Perlukah kita menoleh sebelah mata sahaja kerana hanya segelintir, adakah inilah antara prasarana perlu wujud untuk sebuah bandaraya ( komuniti gejala sosial ) sehingga pesekitaran kita penuh dengan babarian, gansterisme, vandalisme. Pesekitaran yang sudah tidak selamat untuk didiami penuh dengan penculikan dan pembunuhan. Mana pemimpin masyarakat, mana pemimpin politik yang sentiasa meniupkan selogan dan kata-kata sentimen begitu indah untuk kepentingan sendiri dan puak. Hidup di atas kesusahan dan kebinasaan orang lain, sanggup mengadai maruah bangsa dan agama sendiri.
Generasi pelapis yang akan memimpin Terengganu menuju fasal ke 3 kermerdekaan melangkau wawasan 2020. Generasi Ijtihadik dan Eksiklopedik ?, yang pasti mereka generasi Punk Rock, Black Mental keseluruhanya mereka generasi Satanisme illuminati. Mereka tidak layak menjadi generasi Darul Iman.
Akhirnya, sudah sampai masanya marilah kita semua tanpa mengira apapun fahaman dan kepentingan politik, kita selamatkanlah mereka, mereka anak bangsa kita mereka tersilap memilih jalan, mari kita mencegah sebelum ianya menjadi parah, janganlah jadi isu sentimen politik kerana tidak akan mengutungkan bangsa kita. Bangsa kita sudah terlalu jauh hanyut, berpecah, miskin, merempat dan hina di bumi sendiri. Jangan jadikan perkara tersebut sekadar skeksa kehidupan masyarakat memenuhi tulisan di dada-dada akhbar sahaja. Semua yang perihatin marilah kita mengikhlaskan diri buang semua kepentingan biar hanya kepentingan menjadi hamba Allah sahaja menjadi matlamat. Cegahlah, tahankanlah, hentikanlah gejala-gejala seumpama itu jika ia melanda posisi melalui anda.

ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan