22 Januari 2008

PENGENALAN PENGENDALIAN PARAMOTOR SEBAGAI MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN















VIDEO DEMO PENGENALAN PARAMOTOR

PB2W mengimbau kembali program pengenalan asas pengendalian paramotor yang dijalankan di awal bulan Mach 2007 bertempat di Kombes Pasir Panjang Kuala Terengganu. Program dua hari anjuran PB2W dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri telah membuka minda generasi belia Terengganu terhadap pembaharuan Sukan udara di Terengganu. Penyertaan seramai 30 orang lebih belia di sekitar daerah Kuala Terengganu.
Program ini juga mendapat kerjasama dari Kelab Belia Fajar Hiliran, seramai 10 orang belia mewakili kelab tersebut. Selain itu PB2W mendapat penajaan dari sebuat syarikat pengeluar produk pakaian sukan bumiputra TDi, berjenama Steady.
Objektif, PB2W dalam kontaks ini menjadikan program tersebut sebagai modul dalam pembangunan motivasi jatidiri belia Terengganu, bukan sekadar untuk berseronok bersukan sahaja. Sukan tersebut adalah sukan yang berprestij untuk golongan elit, PB2W membawanya ke tengah masyarakat belia bawahan untuk membolehkan semua mampu main. Ia adalah suatu anjakkan paradigma. Alaf baru memerlukan para belia beliawanis terutama di Terengganu berani menentukan wacana hala tuju dan perlu bersedia menghadapi gelombang ancaman polarisasi globalisasi yang sedang melanda. Globalisasi membentuk kerangka penjajahan baru "Neo Imperialisme".
Secara jelas 'The new world order' adalah suatu penterjemahan kepada globalisasi. Terminologi yang digunakan seolah-olah telah mengulit lena para cerdiakawan intelektual di negara kita. Tiada perbincangan terbuka yang sampai mesej ke akar umbi masa ( Grassroot ), kalau ada pun ia sekadar diskusi ilmiah para sarjana di menara gading sahaja.
Bahana first wave dari serangan globalisasi adalah dijangkakan bermula pada tahun ini 2008, kita tidak mampu untuk melarikan diri tetapi kita perlu bersedia dengan segala keupayaan menghadapinya. Pelbagai agenda dan resolusi dikeluarkan untuk melayakkan pemaksaan penerimaan terhadap globalisasi oleh One World Goverment.
Terrorisme yang dicanang adalah untuk mengkambing hitamkan golongan fundamentalist Islam ( Istilah barat ) oleh kuasa besar dunia. Malah ia lebih zalim lagi, semua penganut Islam akan disabitkan sebagai agen penganas oleh polis dunia. Mekah pula dituduh menjadi tempat melatih pengganas antarabangsa, Hanya mereka yang mempercayai Allah pada mulut sahaja ( Munafiq ) tidak akan dilebelkan seumpama itu. Secara mudah mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai Islam Libral, kontemporari atau sama species sahaja bebas dari stamping tersebut, wal hal tiada istilah seumpama itu di dalam kitab suci Al-Quraan, yang ada adalah perkataan muslim atau tunduk dengan penuh kepatuhan kepada Allah.
Hubung kait program ini dengan apa yang diperkatakan adalah pembangunan mentaliti dan attitud, kerana musuh utama Belia berbangsa Melayu hari ini ialah kejahilan, tiada suatu mekanisme yang boleh memaksa mereka menjadi berbudaya Iqra'. Mereka akan menerima apa sahaja informasi tanpa mengambil kira check and Balance, akal tidak difungsikan sebaiknya. Sehubungan dengan itu paramotor bukan sahaja memerlukan ketahanan fizikal dan mental malah ia memerlukan seseorang pengendali menjadikan diri pintar kerana semasa di udara tiada siapa yang mampu menolong jika berlaku masalah hanya pengendali sahaja perlu cekap. Secara informal paradigma Belia telah ditalakan.
Sebagai anak watan negeri orang-orang beriman kami PB2W menetapkan paradigma bahawa Allahlah kepimpinan mutlak, Muhammad melaksanakan tugas kepimpinan Allah membawa rahmat keamanan sejagat ( Global Peace ) dan kepimpinan di kalangan kami adalah mereka yang sanggup tunduk serta patuh serta tidak menyengutu Allah dengan sesuatu yang lain. Dengan menjadikan kreateria tersebut sebagai inspirasi menjadikan PB2W sentiasa mendapat keunggulan kejayaan.
Belia Terengganu membawa perubahan mengembali tuntutan transkrip pada batu bersurat yang menyatakan " Tuhan menduduki Tamra ini di benua Terengganu adi Pertama ada ... ". "Tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya”... Lindungilah Ya Allah !

Tiada ulasan: