29 Januari 2008

TERENGGANU PATRIOTIC CAMP 2007 -SAMBUNGAN

Konsep latihan / Khemah kerja Patriotik 2007 JBSNT

Pada tahun ini Persatuan Belia Waja Watan Terengganu ( PB2W ) sekali lagi diberi amanah untuk menjayakan program tersebut. PB2W sebagai sebahagian dari sukarelawan Askar Wataniah kami merasakan amanah diberi adalah seumpama sireh yang pulang ke junjung. Objektif Program tersebut diselaraskan untuk membina sifat cintakan tanah air di kalangan generasi muda baru Terengganu sempena kemerdekaan gemilang negara ke 50. Bagi memberi sedikit improvement PB2W mengambil pendekatan menggunakan “Military spiritual concept” supaya natijah yang terhasil, setiap peserta memiliki attitude yang tinggi dari sudut cooperative, pengurusan masa, membuat keputusan “Decision Making” Brave Heart - Keberanian dan accountability / Responsibility.



Itineari program dimulakan dengan melakukan latihan dalam kumpulan ( LDK ) ala operasi ketenteraan “Ops KESBAN” atau keselamatan dan pembangunan. Modul ini menekankan kerjasama, membuat keputusan yang tepat, berani dan ketabahan metal dan fizikal dalam meneroka suasana alam semula jadi dan kebesaran Ilahi.

Sedikit pengenalan kepada KESBAN adalah satu operasi yang pernah dijalankan oleh Pasukan keselamatan di sekitar tahun 60an semasa darurat kedua negara. Pada masa itu fungsi ATM terbahagi kepada dua bahagian Selaku benteng pertahanan dan dalam masa yang sama komponen / agen pembangunan negara. Semua itu berada dalam lipatan sejarah, ia dihidangkan semula supaya peserta merasa perik-jerih mengisi kemerdekaan bukan sekadar menuntutnya sahaja, kerana mempertahan adalah terlalu sukar dari menuntutnya.

“ Peranan utama Angkatan Tentera adalah untuk menentang komunis, tetapi di dalam masa yang sama mereka mestilah membantu untuk melaksanakan rancangan pembangunan kerajaan sebagai sebahagian dari tugas menentang ancaman komunis. Keselamatan dan pembangunan dijalankan bersama “( KESBAN). Tun Abdul Razak

KESBAN adalah jumlah semua langkah-langkah yang diambil oleh semua agensi kerajaan bagi meneguhkan dan melindungi masyarakat dari anasir-anasir subvesif, kekacauan dan insurgensi ( Pemberontakan ). Dalam erti kata lain, KESBAN adalah reaksi yang dijangka dan diukur oleh kerajaan bagi menghapuskan insurgensi.


Tujuan pendekataan ini dilakukan adalah mengimbau kembali sejarah emas mempertahankan kemerdekaan oleh pasukan keselamatan yang telah berkorban tenaga dan nyawa. Di mana sebahagian dari mereka telah dilupakan jasa dan pengorbanan yang pernah dicurah. Sehubungan dengan itu menjadi kewajiban PB2W mengetengahkan kembali nilai – nilai sejarah sebagai aspek pembinaan jatidiri peserta di samping mebudayakan patriotisme sebagai sprit atau semangat anak bangsa berdaulat.

Dalam initeari program juga para peserta dikehendaki melakukan abseiling dan flying fox di menara tempur 18 RAMD seberang takir. Seterusnya mereka didedahkan dengan pengenalan asas menyelam dan pengendalian Paramotor. Modul seumpama ini diperkenalkan adalah untuk mengambarkan ATM terdiri dari darat, laut dan udara.


Fungsi PB2W dalam hal ini secara tidak langsung telah mempromosikan kepada para belia dan beliawanis supaya bersama-sama melibatkan diri dengan pasukan sukarelawan –sukarelawan yang ada dan disertai oleh ahli-ahli di dalam PB2W yang terdiri dari Wataniah, PSTLDM, PSTUDM dan JPA.

Sedikit pressure yang dikenakan akan melahirkan perasaan keinsafan, ceramah dan penerangan diberi akan diambil perhatian secara serius. Modul – modul tersebut adalah di antara Latihan dalam Kumpulan (LDK). Dalam hal ini PB2W banyak menekankan konsep penghayatan supaya objektif program mencapai sasaran tepat.

Selepas itu pada malam countdown mereka akan melakukan stimulasi perang ‘Water Cannon’ dengan jurulatih di antara objektif modul ini menghilangkan stress di kalangan peserta kerana kebanyakan mereka yang mengikuti setiap program / out door berbentuk kursus akan merasa tertekan. Pembaharuan di sini mereka tahu ‘musuh’ sasaran mereka adalah Jurulatih, tanpa menjadikan di antara mereka musuh.

Akhirnya kepada PB2W dalam memikul amanah rakyat dan negara kami meminjam ucapan Pak Lah sebagai penjelasannya, dan kami berusaha menjadikan ucapan tersebut suatu pengotaan tindakan bukan suatu retorik mencari keuntungan politik antaranya: “We hold the people’s trust, we must therefore be trusted”. Yang kami petik dari kata-kata beliau:


“Inilah yang saya maksudkan dengan ungkapan “Bekerja Bersama Saya, dan, Bukan Untuk Saya”. “We are accountable to each other and to the people”. Bagi saya lebih dari itu, saya “accountable” bertanggungjawab akhirnya kepada Allah S.W.T. di hari perhitungan. Ingatlah, kita telah diberi amanah, kita mesti beramanah, “We hold the people’s trust, we must therefore be trusted”.

Ucapan Perdana Menteri di INTAN Bukit Kiara pada 9 Januari 2004 dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelima



HUBBUL WATAN MINAL IMAN – CINTAKAN TANAH AIR SEBAHAGIAN DARI KEIMANAN

Tiada ulasan: