17 Januari 2008

GENERASI ULUL-ALBAB KEMANTAPAN MODAL INSAN



PB2W telah diamanahkan oleh JBSNTRG untuk meminpin para peserta pertandingan Kawad Kaki peringkat Kebangsaan sempena hari belia Negara 2007 bagi mewakili Terengganu. Seramai 40 orang peserta dan empat jurulatih menuju ke Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Para peserta adalah dari Sek Men Tun Telanai Marang, Terengganu. Mereka adalah pemenang kawad kaki di peringkat negeri. Generasi muda perlu diberi peluang membuktikan keupayaan dan kesungguhan mereka tanpa mengambilkira kepentingan tertentu. Beri sokongan moral, fizikal, dan kebendaan. Latih mereka menjadi pewaris negara pada suatu hari. didik mereka dengan ilmu, bekal mereka dengan agama, kenalkan mereka dengan Pencipta, budayakan mereka dengan kebaktian dan budi bahasa, agar lahir hakiki Generasi Ulul-Albab. Generasi menggunakan akal dan kebijaksanaan mengenal kebesaran Tuhan lalu mentauhidkannya dan tidak mensekutukan Allah dengan semua makhluk ( Alam ).

Tiada ulasan: