23 Januari 2008

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BELIA WAJA WATAN TERENGGANU



Grup Belia Waja Watan Terengganu ditubuhkan secara rasmi pada 28hb Februari. 2006 dan diluluskan pendaftarannya dengan nama ‘Persatuan’ pada pangkal nama pada 24hb Julai 2006 nombor pendaftaran 0965-06-TRG. Sejarah penubuhannya memakan masa yang agak panjang bermula di awal tahun 1998 ketika itu Kampung Padang Midin ( tempat pengasasan PB2W ) yang mana terletaknya Kem Askar Wataniah Rejimen ke 512 yang menjadi tempat pendisiplinan diri para belia yang terlibat.
Padang Midin telah menjadi pusat transaksi dadah dan Narkotik terbesar di Terengganu. Setiap hari para pengedar dan penagih melakukan urus niaga secara terbuka tanpa segan dan silu. Sesekali mereka berkumpul sampai 50 hingga 60 buah motosikal termasuk kereta pada satu masa. Ia merupakan satu ancaman dalaman kepada penduduk Kg Padang Midin pada masa itu, pelbagai aduan dan laporan dibuat kepada pihak Polis tiada kewibawaan berkesan. Sesetengah anggota Polis yang bertugas dikawasan ini memberi perlindungan kepada penagih bawahan sebagai informal untuk mencari supplyer besar, selain Rasuah.
Penagih kecil tersebut menjadi berani untuk melakukan pengedaran sesama member dan orang luar secara terbuka. Masyarakat di hantui dengan kumpulan tersebut. Tiada alternatif lain melainkan masyarakat terpaksa menubuhkan Pasukan Kawalan Kampung sendiri dikenali sebagai PAKAT. PAKAT bukan sahaja berjaya menangani gejala narkotik malah berjaya membongkar gejala kecurian motosikal yang juga berleluasa pada masa itu dengan berjaya menangkap suspek, dan diserah kepada pihak polis. Hasil siasatan Polis menemui berbelas kerangka motor di dalam dua buah sungai berdekatan.

PAKAT diorganisasikan secara desentralisasi mengikut kampung-kampung masing-masing di bawah penyeliaan Penghulu Mukim. Kejayaan dan keberanian PAKAT telah mendapat jolokan Polis kampung yang tidak mengenal rasuah. Keunikan PAKAT ialah menyatupadukan penduduk kampung tanpa mengira fahaman politik. Hasil dari perbincangan, setelah beberapa keserasian JKKK Padang Midin mengamanahkan kepada pencadang menangani isu ini di peringkat remaja bagi pencegahan serta pengawalan.
Satu modul program untuk remaja direka bagi menarik, membentuk dan melaksanakan ( bakti ) konsep 3M. Melalui konsep ini pencadang menjadikan Wataniah sebagai pendekatan serampan 3 mata, mendisiplinkan diri remaja, menambahkan pendapatan, membentuk wawasan. Seramai 156 orang Belia di Padang Midin dan di persekitaran telah diserap masuk ke dalam PSTD atau Wataniah.
Kesinanbungan merencana dan merangka program seterusnya, pencadang telah diserah Kertas Kerja REJIMEN BELIA ASKAR WATANIAH yang dibuat oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu di pejabat Pegawai Memerintah, dan mendapat keizinan melaksanakannya. Dengan motif membentuk sahsiah keperibadian juga memberi sedikit pendapatan sampingan dengan perkhidmatan mereka. Selain itu sebahagian dari mereka itu telah menyertai perkhidmatan ketenteraan sepenuh masa di siri ke 300 AW.

Proses memantapkan para belia itu tadi, menyelaraskan dan menyesuaikan komuniti awam dengan prosedur ketenteraan adalah terlalu rumit dan kompleks ia memerlukan kajian serta pengalaman yang luas, bagi menjayakan nukleus percubaan digerakkan untuk menerima pengalaman secara agresif sebagai seorang tentera. Pada 23 Oktober 2000 tujuh orang anggota belia sukarelawan Askar Wataniah Rej 512 AW terpilih setelah menjalani ujian kelayakan khas untuk di hantar ke SPECIAL WARFARE TRAINING CENTRE ( PULPAK ), berjaya menamatkannya pada 06hb Disember 2000 memakai sayap penerjunan dan beret merun selaku Perajurit Para. Membuktikan Belia aSKAR Wataniah mampu melakukan aksi lasak dan berani demi maruah dan kedaulatan negara. Secara keseluruhannya objektif telah tercapai tetapi faktor kewangan tidak mampu untuk mengerakkannya secara lebih efisien dan berterusan lagi. Alternatif GB2W mesti didaftar sebagai NGO.

Kepulangan seorang anak Watan dari unit Rejimen ke 21 komando ( ex-service ) yang juga asal dari SUK 512 AW menyertai GB2W telah memantapkannya, keputusan dibuat untuk mendaftar GB2W secara rasmi, yang pasti hasrat dalam kertas Kerja JBSNT berjaya di realisasikan mahupun begitu beberapa faktor lain juga menyokong pembentukan GB2W seperti dinyatakan berikut.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Semua pihak perlu untuk meningkatkan lagi peranan Askar wataniah terutama peranan 512 askar wataniah supaya menajdi pasukan yg disengani dan bukan menjadi tempat untuk pegawai tetap mendapatkan wang mudah untuk mengisi perut masing-masing dan lari dari matlamat asal penubuhannya.