PENGENALAN
Alaf millennium abad ke 21 adalah abad yang merubah persepsi pemikiran di mana ICT merupakan teras revolusi minda, persoalannya di sana adanya mereka yang mempunyai agenda tertentu melibatkan pihak barat (Imperialis), di mana bangsa dijajah perlu dihalang dari menguasai ilmu seperti mereka (positif), dengan menggunakan medium mass media mereka melancar perang budaya (Culture Warfare) memaksa budaya mereka (Negatif) ke dalam budaya kita (Neo Kolonialisme). Objektifnya generasi kita tersimpang jauh dari ketauhidan kepada-Nya (murtad) dan menjadi satu bangsa yang lemah serta berpecah belah (Rule & Divide). Semua manusia yang waras akan menyatakan bahawa barat sudah habis tempoh sumbangan peradaban untuk tamadun dunia kemanusiaan.
Kebejatan sosial semakin parah melanda bangsa kita saban hari, seolah-olah tiada penghujungnya dan tiada satu pun mekanisme (alternatif) yang mampu menanganinya samada dari pihak agensi-agensi kerajaan mahupun NGO itu sendiri, semua itu adalah suatu manifestasi dari serangan tersebut. Peperangan yang tidak menggunakan sebarang bentuk ‘physical touch’ dan tiada senjata berbentuk konvensional digunakan, ia merupakan satu metodologi ‘Psychology warfare’ secara jelas doktrinnya menyatakan “Persuade change influence” sedikit demi sedikit budaya bangsa kita (adat timur) berubah kebaratan atau pembangunan yang membinasakan (Reverse Urbanization).
Hari ini semua memperkatakan REMPIT, Seks luar tabi’e, Sumbang mahram, Anak longkang, Lepak, daun ketum, ecstasy, runtuh nilai kekeluargaan dan sebagainya lagi. Isu-isu lama dan baru silih berganti di dada akhbar belum sempat isu kemiskinan tegal di selesaikan timbul isu yang lama perlu diperbaharui. Satu bebanan sosial yang kerajaan semestinya mempunyai accountability terhadapnya, dalam hal ini mekanisme utama yang bertanggung jawab adalah JKM itu sendiri selaku agensi kemasyarakatan tertua kerajaan.
PB2W selaku NGO (belia), berpengalaman dalam ketenteraan sukarela tampil ke hadapan menyumbang tenaga untuk melakukan absorb atau penyerapan sebahagian bebanan pihak kerajaan terutama JKM itu sendiri bagi membantu menyelesaikannya. Melalui Program PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK) yang telah diwujudkan diperingkatkan kementerian untuk dilaksanakan setiap JKM Daerah, PB2W memandangnya adalah suatu usaha murni kerajaan dalam hal seumpama itu, tinggal lagi keikhlasan sahaja menjadi penentuan keberkesanan dan kejayaannya. Mafhum Al-Quran: Dan tidak adalah pertolongan itu melainkan daripada Allah. Ia adalah suatu penyelesaian Realistik.
OBJEKTIF
- Menerapkan pengalaman (wira/wirawati) yang ada bagi membentuk individu Patriotisme yang akan menjadi komponen kemasyarakatan memenuhi ciri-ciri Modal Insan - Hasrat Kerajaan.
Melatih generasi baru supaya berkeupayaan ikhtiar hidup (Survive) dalam era globalisasi dan peningkatan pengangguran yang sentiasa bertambah saban hari. - MOU dengan semua sekolah-sekolah dalam sektor PAKK-PB2W - Padang Midin.
- Membudayakan budi bahasa dan jasa bakti kepada kemasyarakatan bermula diperingkat kanak-kanak supaya terhindar budaya gengsterisme (Kurang ajar) dan Vandalisme (makhluk perosak).
- Terpenting sekali (Objektif) memastikan mereka adalah aset dan harapan negara. Pepatah mengatakan “Pemuda Harapan Bangsa Pemudi tiang negara” fundamentalnya bersulam sendi keimanan, mesti dipupuk kembali atau back to the basic kerana imej sesebuah negara terletak pada generasi muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan